DESAS-DESUS yang mengatakan pelakon, Shakilla Khoriri bakal menamatkan zaman janda akhirnya terjawab pada pagi tadi.

Pemilik nama sebenar Nurul Shakilla Mohd Khoriri itu melangsungkan majlis pernikahan secara tertutup bersama pasangan pilihan yang dikenali dengan nama Fariz di sebuah lokasi di Shah Alam, Selangor.

Perkongsian video pendek oleh bekas isteri kepada Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Shukri ketika hadir pada majlis tersebut dan beliau turut mengucapkan tahniah kepada kedua-dua mempelai.

Antara rakan artis yang turut memeriahkan majlis tersebut seperti Ramona Zam Zam yang berkongsi foto kenangan bersama pengantin perempuan.

Shakilla Khoriri

“Semoga kebahagiaan milikmu @shakillakhoriri, sayang kau dan ameena ❤️,” tulisnya.

Rata-rata pengikut Ramona turut berkongsi ucapan tahniah kepada Shakilla dan suami dan mendoakan perkahwinan tersebut berkekalan hingga akhir hayat.

 

Masing-masing memuji memuji kecantikan Shakilla yang nampak menyerlah dengan busana songket berwarna pastel.

Shakilla Khoriri

“Lawanya pengantin, make up meletup.” – Maisarah Abdullah

Baca juga ‘Maafkan daddy & mama kalau ada terkurang.’ Fizi Ali bawa famili riadah di waterpark, anak tidur pegang tangan kakak tiri

“Hati-hati dengan gambar ni. Risau sebelah sana cakap, Kila cuba mencekik Ameena di hari persandingannya 😂. Apa pun Kila cantik sangat-sangat! Tahniah Kila 😍.” – Nurul Leeyanna

Shakilla Khoriri

“Alhamdulillah. Semoga jadi isteri yang baik dan hormat suami.” – Nadia Anuar

Baca juga 2 bulan tak jumpa anak, Fizi Ali titiskan air mata, Shakilla Khoriri dedah campur tangan isteri punca sekat nombor

Iklan

“Happy tengok dia dah dapat kebahagiaan dia.” – Nursamsilah

Shakilla Khoriri

“Naik seri sangat-sangat @shakillakhoriri! Alhamdulillah tahniah!!.” – Pioks Kakkabu

“Comel Ameena sedondon dengan umi😍.” – LizaHanim

Sebelum ini, Shakilla pernah mendirikan rumah tangga bersama penyampai radio, Fizi Ali pada 18 Februari 2018.

Iklan

Shakilla Khoriri

Mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Ameena Sofia dan bercerai pada Disember 2021.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!