KEMELUT berkaitan anak antara Fizi Ali dan pelakon Shakilla Khoriri masih belum menemui jawapan.

Terbaharu, penyampai radio itu memfailkan tuntutan hak hadanah terhadap Ameena Sofia yang kini berusia empat tahun susulan rasa terkilan tidak dapat berjumpa anak tunggalnya itu.

Fizi yang ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah menitiskan air mata menyatakan kerinduan kepada Ameena. Apatah lagi apabila permohonan mendapatkan hak lawatan tidak dipersetujui oleh Shakila.

“Saya sangat-sangat rindukan anak saya, hampir dua bulan tak jumpa.

“Kami tidak mencapai persetujuan bersama, justeru pegawai sulh berkata untuk lebih lanjut lagi di mahkamah nanti,” jelas Fizi yang ditemani isteri, Siti Zulaikha.

Peguamnya, Nurhusniah Husin menyatakan penyampai radio berusia 37 menuntut hadanah anak dan hak lawatan.

Fizi memberitahu isu berhubung anak mereka tidak sepatutnya menjadi hal besar sekiranya kedua-dua pihak dapat berbincang dengan balk.

Ujarnya, kesukaran berkomunikasi dengan Shakilla membuatkannya mengambil keputusan membawa kes tersebut ke muka pengadilan.

Pada masa sama beliau mendakwa bekas isterinya itu telah menyekat nombor telefonnya dan tidak boleh dihubungi.

“Kalau ikutkan seorang anak memerlukan ibu dan bapa di sisi mereka. Sebenarnya perkara ini tidak menjadi masalah jika dapat berbincang.

“Tetapi yang menjadi sukar apabila susah untuk dibawa berbincang dan terpaksa berunding di mahkamah bagi selesaikan masalah,” ujarnya.

Menjawab tuduhan culas membayar nafkah anak, Fizi enggan mengulas lanjut dan memaklumkan memiliki segala bukti pembayaran yang telah dibuat.

“Bercakap fasal tidak bayar nafkah, semua bukti sudah ada. Zaman sekarang serba canggih, online transfer. Semuanya sudah ada bukti dan saya rasa tidak perlu lagi dijelaskan dengan panjang,” jelasnya.

Baca  juga: Culas bayar nafkah anak, satu tindakan yang tidak bertanggungjawab. Kegagalan itu dianggap sebagai hutang!

Baca juga:’Maafkan daddy & mama kalau ada terkurang.’Fizi Ali bawa famili riadah di waterpark, anak tidur pegang tangan kakak tiri

Baca juga: ‘Bermula satu perjalanan baru.’ Fizi Ali akhiri zaman duda

Baca juga: Let’s move on – Shakilla Khoriri

Sementara itu, Shakilla menjelaskan beliau tidak pernah menghalang anak mereka iaitu Ameena Sofia daripada bertemu dengan bapanya.

Beliau sebaliknya memberitahu bekas suaminya itu yang menghilangkan diri selain tidak berpuas hati dengan komitmen ditunjukkan Fizi terhadap anak perempuan tunggal mereka.

“Kalau awak tak datang cari, anak tak mungkin akan datang cari awak.

“Sebagai seorang bapa, kalau rasa nak (bersama) anak, munculkan diri. Jangan MIA (hilang) begitu sahaja. Jangan ghaib.

“Jangan cakap di media sosial begitu dan begini. Dia (Fizi) yang hilang,” katanya kepada mStar.

Iklan

Mengulas mengenai tuduhan menyekat nombor telefon Fizi, Shakilla memberitahu beliau bertindak sedemikian kerana isteri bekas suaminya itu mencampuri urusan mereka.

Kata Shakilla, beliau tidak berminat berurusan dengan orang lain berhubung anak mereka melainkan Fizi.

“Kenapa nombor Fizi disekat, kena tanya dia sendiri. Saya ‘block’ sebab ada campur tangan isteri dia.

“Apa yang dia dah buat dengan Ameena, saya ada bukti dan serahkan kepada peguam saya.

“Sebab ‘block’ ialah kerana saya tak berminat nak bercakap dengan orang selain daripada bapa Ameena walaupun itu isterinya,” ujarnya.

Pelakon berusia 35 tahun itu juga mendedahkan dakwaan Fizi yang menghubunginya berulang kali selepas insiden tidak dapat berjumpa anak pada November lalu adalah tidak benar.

Iklan

Kata Shakilla, Fizi tidak pernah menghubunginya untuk mencari anak mereka dan menyifatkan penyampai radio itu hanya mengeluarkan kenyataan di media sosial.

Untuk rekod, Fizi dan Shakilla berkahwin pada 18 Januari 2018 namun mengumumkan berpisah pada Disember 2021.

Fizi mendirikan rumah tangga kali kedua dengan usahawan, Siti Zulaikha pada 23 Oktober tahun lalu.

Sumber: Mstar 1, 2, 3, 4

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!