“Tak apa lah…. Kita ikut je,” – Bell Ngasri pasrah Shuk Sahar tarik diri

A
A
A

PERJALANAN Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM2021) minggu kedua pada Jumaat menyaksikan kumpulan Tobat yang dianggotai Bell Ngasri dan Ropie beraksi berdua tanpa Shuk Sahar.

Teka-teki ketiadaan Shuk akhirnya terjawab selepas pengacara, Datuk AC Mizal mengumumkan pelawak, pengacara dan usahawan itu menarik diri untuk bertanding atas sebab peribadi.

Pasrah dengan keputusan rakan sekumpulannya itu, Bella memberitahu akan meneruskan perjuangan di MLM2021 bersama Ropie.

“Tinggal ler kami berdua... Aduii… tak apa lah… Kalau dah itu yang anda semua dan netizen nak, kita ikut je.

“Terima kasih banyak-banyak. Lepas ini tukar nama kumpulan, naya je… naya Pak Karim…,” ujarnya yang berterima kasih kepada Catriona Ross yang sudi menjadi tetamu jemputan pada persembahan minggu kedua.

Shuk sempat membuat persembahan bersama Bell dan Ropie di pentas MLM2021 pada minggu pertama sahaja.

Dalam pada itu, Shuk sehingga kini tidak memberi ulasan mengenai pengundurannya itu dan menutup ruangan komen Instagram miliknya sejak 19 Oktober lalu.

Terdahulu, nama Shuk kembali panas selepas dia meminta Fauzi Nawawi memperincikan adegan rogol pengalaman melakonkan watak perogol dalam filem Anak Halal melibatkan aktres Raja Farah ketika mengendalikan program Rumah 107 bersama Khir Rahman.

Ekoran kata-kata yang disifatkan melampau, rata-rata netizen meminta Shuk digam daripada siaran mana-mana program televisyen.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca