PELAKON, Norman Hakim meminta bekas isterinya yang juga selebriti, Abby Abadi untuk bertenang dan berhenti mengeluarkan kenyataan di media sosial berkaitan masalah keluarga.

Norman berkata, tindakan itu boleh menimbulkan salah faham kepada masyarakat.

Beliau turut menegaskan, sebagai bapa kepada ketiga-tiga anak mereka, tidak terlintas dalam pemikirannya untuk melepaskan tangan atas isu Marissa Dania seperti didakwa Abby.

“Istigfar bok…bawak bertenang. Lagi banyak menulis, lagi banyak salah faham nanti.

“Tak pernah sesaat saya lepas tangan. Dah habis sini, iftar sesama. Nanti sambung sembang masa iftar. Tak perlu semua benda kena kongsi seantero Malaya,” katanya yang membalas di ruangan komen Abby di Instagram.

Maklum balas itu susulan bekas penyanyi tersebut meluahkan ketidakpuasan hati terhadap Norman seolah-olah membelakangkan dirinya soal pernikahan anak mereka.

Baca juga:‘Kalau rasa perlukan mama baliklah…’ Luah Marissa lari & hilangkan diri, Abby Abadi berserah kepada ALLAH

Bagaimanapun Abby tidak berdiam diri apabila menyatakan kekecewaan terhadap bekas suaminya kerana beranggapan Norman tidak mengambil serius isu berkenaan.

“@normanhakim_786 isu ni isu besar. Selagi tak selesai selagi tu orang akan bercerita. Antara kita, memang ini yang berlaku pun. Ada lagi yang saya tak tulis.. Awak memang sangat mengecewakan! Saya penat lama menyimpan.

“Kasihan anak-anak saya dari kecil awak buat sesuka hati awak saja sekarang anak-anak dah besar. Jadi tak perlu berbaik pun tak apa.. Tak ada beza.. selesaikan apa yang patut je, yang dah bertangguh sekian lama. Kalau tak sedia menjawab je depan ALLAH nanti,” ujarnya.

Iklan

Baca juga:‘Anak buat hal, mak terpalit sama.’ Luahan hati Abby Abadi dalam satu perkongsian bikin sebak!

Sejak kebelakangan ini, nama Marissa Dania Hakim dan Aslam hangat apabila didakwa menikah di Thailand.

Perkara itu akhirnya disahkan sendiri, Abby dalam temu bual di Astrogempak baru-baru ini.

Dalam pada itu, beliau turut menceritakan kronologi bagaimana anak perempuannya itu boleh bernikah senyap-senyap di negara jiran bersama Aslam tanpa pengetahuan mereka sekeluarga.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!