Tamat pengajian PhD, Ahmad Idham kini bergelar Doktor Falsafah (Dr)

Untitled design (1)
Untitled design (1)
A
A
A

KETUA Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Ahmad Idham Ahmad Nadzri berjaya menamatkan pengajian peringkat PhD di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Berita gembira itu dikongsi sendiri oleh Idham menerusi entri terbaharu di akaun Instagram miliknya beserta surat pengesahan daripada UUM.

"Alhamdulillah. Terima kasih UUM dan semua yang bersama saya mengharungi cabaran pengalaman ini.

"Terima kasih juga pada Penyelia saya Prof. Datuk Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak dan Penyelia 2 saya Prof Dr Rohana," tulisnya.

Beliau yang membuat thesis dengan tajuk 'Ekosistem dan Dasar Industri Perfileman Malaysia: Satu Kajian ke Atas Pengantarabangsaan Filem Melayu' dan dianugerahkan dengan Doktor Falsafah di bidang Pengurusan.

Rata-rata penggiat industri tanah air turut mengucapkan tahniah kepada Idham yang juga penerbit dan pengarah terkenal.

https://www.instagram.com/p/CE6fUEfBen0/?utm_source=ig_web_copy_link

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca