Tamat zaman duda, Zul 2by2 kembali bergelar suami

ZUL 2BY2
ZUL 2BY2
A
A
A

PENYANYI dan komposer Zul 2by2 kembali bergelar suami, sekali gus menamatkan zaman dudanya apabila selamat disatukan dengan wanita pilihan, Intan Maya, pada Selasa lalu.

Majlis pernikahan Zul, 50, dan Maya, 39, diadakan di sebuah masjid di Cheras dengan disaksikan keluarga terdekat pasangan pengantin.

Pada majlis tersebut, Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Majid menyerahkan mas kahwin berjumlah RM22,222,22 kepada pengantin perempuan sebagai simbolik tarikh istimewa penyatuan cinta mereka.

Zul yang merupakan bekas kumpulan 2by2 dan popular dengan lagu Kau Mawarku sebelum ini pernah berkahwin dengan kakak Tomok dan juga penyanyi, Ismaliza Ismail sebelum bercerai pada 2018. Mereka dikurniakan lima anak.

Sementara Maya yang pernah menganggotai kumpulan The Girls pula mempunyai empat cahaya mata daripada perkahwinan terdahulu.

(FOTO: INSTAGRAM ZUL 2BY2)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca