Tarik diri bekerjasama dengan Dior, tindakan Mimi Lana dipuji ramai

A
A
A

PELAKON Mimi Lana, 25, sanggup menolak untuk bekerjasama dengan jenama Dior sebagai tanda sokongannya terhadap Palestin.

Bukan itu sahaja, Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin berkata, ia juga sebagai dan solidariti buat Bella Hadi selepas pembatalan kontrak model antrabangsa itu bersama Dior setelah dia lantang memperjuangkan hak penduduk Palestin yang dirampas rejim Zionis.

“Perkara yang kecil namun sangat besar maknanya. Saya berjuang untuk saudara Palestin saya dan untuk Bella.

"Saya dapat tahu jenama itu menarik keluar nama Bella Hadid sebab menyokong Palestin. Ia (tindakan)  sangat sensitif untuk orang Islam di negara saya kalau saya muat naik apa-apa berkaitan Dior. Saya betul-betul minta maaf,” katanya.

Perkongsian Mimi Lana bersama wakil Dior.

Tindakan Mimi itu mendapat pujian daripada ramai rakan artis dan peminat yang menyatakan rasa bangga terhadap Mimi menerusi Insta Story di akaun Instagram masing-masing.

Terdahulu, Dior dikatakan menamatkan kontrak Bella sebagai wajah jenama mewah tersebut hanya kerana kelantangannya menuntut keadilan untuk negara Palestin termasuk turun protes di Amerika Syarikat.

Biarpun belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada Dior, namun perkara itu bagai sudah pasti apabila wajah Bella tidak lagi kelihatan di media sosial rasmi jenama itu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca