Tasha Shilla bergelar ibu, selamat lahir bayi lelaki

April 25, 2021
Oleh Aqmar Mustaza

PELAKON Tasha Shilla, 34, selamat melahirkan cahaya mata sulungnya, seorang bayi lelaki di sebuah pusat perubatan swasta, pada Sabtu.

Tasha atau nama sebenarnya, Natasha Sheila Abdul Razak turut berterima kasih kepada semua yang mendoakan kelahiran anaknya itu.

“Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah inayah-Nya dan keizinan-Nya dapat saya melahirkan anak sulung lelaki kami pada hari Ramadhan ke-12, 1442 AH / hari Sabtu April 24, 2021.

Iklan

"Terima kasih pada semua yang sudah mendoakan kesihatan saya dan keluarga sepanjang masa.

Iklan

“Saya sangat hargai pada semua pihak yang membantu menyempurnakan proses bersalin ini terutamanya pihak keluarga, sahabat-sahabat, pasukan perubatan di hospital dan yang paling istimewa dalam hidup saya, suami, Atiq Idris, 'thank you so much' berikan saya semangat, sentiasa  membahagiakan saya dan menjadi suami yang soleh. Saya cinta kamu sepenuh hati," katanya.

Tasha dan Muhammad Atiq Idris  mendirikan rumah tangga pada 28 Februari, tahun lalu.