Tayangan 33 buah filem Melayu klasik terbaik di Astro

FILEM MELAYU KLASIK ASTRO
FILEM MELAYU KLASIK ASTRO
A
A
A

BAGI meraikan kegemilangan filem Melayu klasik, Astro tampil bekerjasama dengan I.E. Entertainment yang berpengkalan di Singapura untuk membawakan 33 buah filem terbaik terbitan Cathay-Keris Films kepada penonton.

Filem-filem terpilih itu akan ditayangkan di saluran Astro Citra dan Astro Prima, selain menerusi platform penstriman OTT, Astro Go dan On Demand bermula bulan September.

Kesemua karya hebat tersebut pernah ditayangkan pada tahun 1950an sehingga 1960an.

Antaranya ialah Bawang Putih Bawang Merah (1959), Sultan Mahmud Mangkat Dijulang (1961), Chuchu Datuk Merah (1963), Pontianak Gua Musang (1964) dan Mat Bond (1967).

Usaha menayangkan semula filem Melayu klasik itu dilihat mampu mengekalkan nilai budaya dan seni masyarakat Melayu di rantau ini yang merangkumi warisan Malaysia dan Singapura.

Menurut Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, pihaknya amat berbesar hati dapat bekerjasama bersama Cathay-Keris Films menerusi syarikat pengedarnya di rantau Asia, I.E. Entertainmen untuk merealisasikan usaha tersebut.

“Menariknya, kesemua filem itu akan ditayangkan semula setelah lebih 10 tahun tidak dipertontonkan di mana-mana platfom televisyen berbayar Malaysia.

“Kami percaya 33 filem ini pasti akan mengubati rindu penonton dengan karya-karya yang pernah mengecapi kegemilangan suatu ketika dahulu dan dalam masa sama memperkenalkan filem Melayu klasik kepada generasi baharu.

“Ia juga sebagai tanda penghargaan buat barisan penerbit, produksi dan nama-nama besar yang pernah mewarnai industri perfileman Melayu era itu seperti Nordin Ahmad, Latifah Omar, Hajah Umi Kalsom, Mat Sentul dan ramai lagi,” katanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca