Tayangan Perdana Ben 10 vs. The Universe: The Movie, 10 Oktober depan

Untitled design (4)
Untitled design (4)
A
A
A

CARTOON Network mengumumkan tayangan perdana filem televisyen kartun popular, Ben 10 vs. The Universe: The Movie yang bakal menemui penonton dan peminat setia siri tersebut pada 10 Oktober depan.

Siri kartun yang telah memenangi Emmy Award itu boleh menonton filem televisyen itu menerusi siaran Cartoon Network di Astro Ch 615 HD/635, termasuk saluran-saluran WarnerMedia yang lain seperti HBO, Boomerang dan Warner TV, selain  melalui khidmat penstriman HBO GO.

Filem televisyen penuh aksi tersebut akan memberi fokus kepada penceritaan sekitar letupan dari masa lalu Ben untuk kembali melakukan dua kali ganda kerosakan terhadap pasukan Tennyson dan planet bumi menyebabkan Ben perlu bertindak.

Menjelang tayangan perdana filem itu juga, peminat setia Ben 10 berpeluang menikmati aksi Ben 10 dengan segmen khas Power of 10 yang akan disiarkan setiap hari Sabtu di Cartoon Network.

Episod-episod khas ini membawa penonton kembali ke saat-saat menarik bersama beberapa musuh Ben 10 seperti Kevin 11, Steam Smythe dan Vilgax, Panglima Perang Alien Intergalaksi yang sukar untuk dikalahkan.

Peminat yang ingin memulakan misi mendebarkan bersama Ben 10 juga boleh menyertai Cabaran Peminat Ben 10 dalam talian.

Daripada membina pertempuran Ben 10 atau mencari grafik GIF animasi tersembunyi di mikrosit Ben 10, mereka perlu menyelesaikan pelbagai cabaran untuk memenangi Ben 10 Watch Party Pack.

Maklumat lanjut boleh diperolehi dengan melayari https://ben10.cartoonnetworkasia.com/

 

(FOTO: Cartoon Network)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca