PENYANYI baru yang juga peserta Big Stage 2022, Ajoi Zainal berkongsi berita duka mengenai pemergian anak saudara tersayang, Muhammad Daniel Rizqin Muhammad pada Rabu.

Menurut Ajoi atau nama sebenarnya Muhammad Qaidzul Zainal Abidin, arwah yang dipanggil abang, baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran yang kedua pada Jumaat lalu.

Bagaimanapun arwah lemas setelah tergelincir ke dalam longkang dan bertarung nyawa sejak Sabtu lalu.

“Nanti kita jumpa di syurga ya abang dengan Atok sekali. Acu bangga dengan abang sebab abang berani bertarung nyawa sejak Sabtu lepas. Acu selalu ingat abang. Berehat ya abang,” kongsinya menerusi Instagram.

Tambah Ajoi, kehadiran arwah dalam kehidupan mereka sekeluarga juga adalah satu keajaiban apabila kakaknya (ibu arwah) dikurniakan sepasang anak kembar biarpun tidak mempunyai sejarah anak kembar dalam keluarga.

Iklan

“Keajaiban itu wujud. Allah bagi keajaiban kepada keluarga kami. DIA bagi kembar masa kakak saya mengandung anak kedua dan ketiga (arwah dan adik kembarnya).

Iklan

“Keluarga kami tidak pernah ada genetik kembar. Tapi DIA bagi pinjam abang untuk sementara sahaja.
“Harapnya pemergian abang ini menjadi tiket untuk menarik ibunya ke syurga nanti. Insha ALLAH,” luah Ajoi ysng turut berterima kasih kepada semua pihak yang memberikan doa kepadanya sekeluarga.