“Terharunya tengok ramai yang concern,” – Sufian Suhaimi positif Covid-19

SUFIAN SUHAIMI
SUFIAN SUHAIMI
A
A
A

PENYANYI Sufian Suhaimi mengesahkan dirinya kini dijangkiti virus Covid-19 pada Selasa.

Berita tersebut dikongsi Sufian, 30, menerusi laman Instagramnya dan akur dengan ujian yang diberikan kepadanya.

“Not Covid virgin anymore. ALLAH bagi rasa Covid. Doakan saya cepat sembuh tau,” tulisnya.

Berkongsi keadaan terkini dirinya, penyanyi Di Matamu itu berkata, dia kini dalam keadaan baik dan hanya mengalami lenguh-lenguh badan.

“Alhamdulillah saya okay saja. Mula-mula macam demam, selepas makan ubat dah okay. Sekarang macam lenguh-lenguh badan dan batuk sikit,” katanya yang tidak pasti terkena jangkitan dari mana.

Dalam perkongsian sama, Sufian turut meluahkan rasa terharunya apabila ramai yang mengambil berat dan mendoakan kesihatannya.

Ini kerana sebaik berkongsi berita tersebut, ruangan komen di Instagram Sufian mula dibanjiri dengan kata-kata positif dan doa yang bukan sahaja daripada peminat, tetapi juga rakan-rakan selebriti.

“Terharunya tengok ramai yang concern,” katanya.

 

(FOTO: INSTAGRAM SUFIAN SUHAIMI)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca