SELEPAS lebih dua minggu menanggung kesakitan pada bahu kirinya, pelakon Ashraf Muslim selamat menjalani pembedahan di Pusat Pakar Perubatan Universiti Malaya (UMSC), Kuala Lumpur pada Khamis lalu.

Kecederaan dialamiAshraf atau Namanya penuhnya Muhd Ashraf Muslim, 41, berpunca daripada insiden ditendang kuda ketika menyertai sebuah program perlumbaan di Penn Endurance Cherating Beach awal Disember.

Menurut pelakon filem Ada Apa Dengan Dosa itu, selepas kejadian tersebut dia dalam keadaan baik sahaja, namun tidak lama kemudian bahunya mula membengkak dan doktor mendapati tulang bahu sudah beralih.

Susulan itu satu pembedahan perlu dilakukan untuk meletakkannya kembali pada kedudukan asal.

“Allah uji lagi dengan dugaan. Terima kasih Allah atas kasih sayang yang diberikan ini. Ujian Allah, saya anggap Allah sayangkan kita.

“Dia nak kita ingat pada Dia, prihatin atas Dia dan beramal untuk Dia. Terima kasih Allah,” ujarnya.

Dalam pada itu Ashraf meluahkan rasa syukur apabila pembedahan tersebut berjalan lancar.

Iklan

Difahamkan Ashraf akan berehat seketika daripada aktiviti seni bagi memberi tumpuan kepada proses pemulihan termasuk latihan fisioterapi untuk memastikan bahunya benar-benar pulih.

Pelakon itu sebelum ini berkongsi insiden terjatuh daripada kuda apabila dua kali ditendang ketika menyertai aktiviti perlumbaan kuda sehingga dikejarkan ke Hospital Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.