PELAKON dan pengacara, Ezzaty Abdullah, 32, selamat melahirkan cahaya mata kedua di sebuah pusat perubatan di Rawang, awal pagi Jumaat.

Bayi lelaki dengan berat 2.95 kilogram itu dilahirkan secara normal dan kini dalam keadaan stabil.

Menerusi perkongsian di laman Instagramnya sebentar tadi, isteri kepada pelakon Azwan Kombos itu meluahkan rasa syukur dan rasa terima kasih atas doa orang ramai terhadap dirinya dan keluarga.

“10 Rejab pagi Jumaat, 3.53am lahir baby kami dengan selamat. Terima kasih atas doa yang tidak putus daripada semua. Alhamdulillah.” ujarnya.

Dalam pada itu, bintang KL Gangster: Underworld 2 itu menyifatkan pengalaman bersalin kali ini lebih mencabar berbanding anak pertama.

“Kali ini, jujur saya akui rasa macam hendak tercabut nyawa. Inilah pengalaman dan proses kelahiran seperti yang selalu saya dengar dan diceritakan.

Iklan

“Bagaimaanpun, di sebalik semua itu, ALLAH mempermudah dan mempercepatkan proses kelahiran anak ini. Jadi, tidak terlalu lama saya harus menahan sakit,” katanya.

Ezzaty dan Azwan mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Harum Dalia yang kini berusia lima tahun.

Iklan

 

(FOTO: INSTAGRAM EZZATY ABDULLAH)