‘Terima kasih di atas doa semua…’ – Jalani rutin berpantang, Siti Nurhaliza fokus pada anak dan kesihatan

Untitled design (99)
Untitled design (99)
A
A
A

PENYANYI kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus mendoakannya selama ini.

Siti yang baharu sahaja melahirkan anak kedua yang juga bayi lelaki pada awal pagi Isnin bersamaan dengan 7 Ramadan 1442 Hijrah berkongsi perasaannya itu menerusi akaun Instagram miliknya.

“Alhamdulillah... ALLAH melapangkan satu lagi nikmat dan peluang untuk saya merasai kehamilan, melahirkan dan kini 'anakanda' saya sudah lahir ke dunia.

“Alhamdulillah… Proses melahirkan semalam baik dan lancar, saya serta bayi juga dalam keadaan baik.

Terima kasih di atas doa semua pihak selama ini, saya yakin apa jua yang saya lalui ini adalah berkat daripada banyaknya doa kalian. Saya sangat bersyukur dan berterima kasih,” ujarnya.

Tambah Siti, 42, dia akan menjalani rutin berpantang seperti biasa dan memberi fokus kepada anak dan kesihatannya.

“Saya akan menjalani rutin berpantang seperti biasa, fokus kepada bayi dan mahu memastikan keadaan kami berdua akan terus sihat, dipermudahkan semuanya.

“Terima kasih sekali lagi di atas setiap doa yang telah dipanjatkan buat saya dan juga ucapan tahniah di atas kelahiran anak kedua saya,” katanya.

Perkongsian pelatun Bidadari Syurgaku itu sekali lagi dibanjiri ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan peminat.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca