TEKA-teka mengenai pelakon Fauziah Datuk Ahmad Daud atau Ogy akan berkahwin lagi menjadi bualan ramai.

Ia susulan hantaran Instagram seniwati itu yang memberitahu telah dirisik dan dipinang manakala majlis bakal diadakan pada minggu hadapan.

Ogy tampil menceritakan hal sebenar sekali gus meleraikan spekulasi yang tular sebenarnya berkait dengan penganjuran konsert muzikalnya.

Baca juga: Ogy Ahmad Daud dirisik dan dipinang? Sahkan ‘majlis’ minggu depan

“Anda semua mendoakan saya sejak hantaran itu dikeluarkan. Dirisik, dipinang, pinangan diterima, majlis pada minggu hadapan.

“Sebenarnya majlis berlangsung tadi. Ia pelancaran konsert muzikal saya yang bertajuk Muzikal Rahsia Hati.

“Memang betul saya dirisik oleh pihak penganjur, saya dipinang. Saya terima pinangannya selepas lima tahun  pada tahun 2022 ini. Pinangan untuk buat konsert ya, bukan untuk menjadi isteri sesiapa,” jelasnya.

Baca juga: [VIDEO] Wanita 55 tahun akhirnya bertemu jodoh, adik sebak lihat kebahagiaan kakak

Malah ketika ditanya sama ada calonnya daripada luar negara, pelakon itu mengiakan kerana penganjur adalah dari Singapura.

Anak kepada anak kepada biduan Datuk Ahmad Daud dan primadona filem Melayu, seniwati Datin Saadiah itu turut merakamkan penghargaan buat warga maya. Beliau malah berseloroh akan mencari pasangan yang bersesuaian.

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang mendoakan. Anda memang suka saya menikah ya?

Iklan

“Yang penting saya tidak beritahu saya akan bernikah. Saya hanya bermain dengan kata-kata. Terima kasih semua kerana mendoakan saya, minta maaf jika mengecewakan anda,” katanya.

Pemenang Pelakon Wanita Terbaik Drama (TV) Anugerah Seri Angkasa 2016 itu pernah mendirikan rumah tangga dengan aktor Eman Manan pada tahun 1990 namun berpisah pada 2 Julai 2003.

Iklan

Sumber: Instagram kak ogy

Baca juga: ‘Ni baru aktor hebat.’- Ogy Ahmad Dad puji pelakon Squid Game

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi