‘Terima kasih yang memfitnah saya…’ – Komen disalah erti, Zulin Aziz hubungi Siti Nordiana

A
A
A

NAMA pelakon dan penyanyi, Zulin Aziz menjadi perhatian pada Ahad setelah komen yang ditinggalkan mengenai bayaran RM200,00 yang dipinta penyanyi Siti Nordiana terhadap lima individu, disalah tafsirkan.

Menurut Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz, 32, dia tidak pernah mencemburui Siti Nordiana atau mesra dengan panggilan Nana dan sering menyokong apa sahaja yang dilakukan figura berusia 37 tahun itu.

“Pendapat kecil saya kalau tak boleh pakai, abaikan. Teruskan apa yang terbaik untuk masing-masing.

“Setiap orang ada sebab masing-masing. Saya tak boleh menyebelahi mana-mana tetapi saya sokong mereka berbaik, saya doakan.

“Cukuplah manipulasi ayat saya dengan pemikiran negatif. Saya pun tak faham apa yang anda faham dengan ayat saya itu.

“Doakan mereka lebih baik,” ujarnya.

Komen asal yang ditinggalkan Zulin (gambar kanan).

Sebelum ini, Zulin dikecam netizen selepas bertindak mempersoalkan nilai saman RM200,000 yang dituntut Nana terhadap lima individu baru-baru ini.

Menerusi komen yang ditingggalkan pada hantaran dimuat naik Nana dalam Instagram, kenyataan Zulin menimbulkan pelbagai reaksi netizen selain menyifatkan dia cemburu dengan tindakan saman tersebut.

“Hmmm, nak buat apa RM200,000 tu. Dapat ke ubati hati yang terluka,” tulis Zulin pada ruangan komen.

Tidak mahu memanjangkan isu berkenaan, Zulin telah bertindak menghubungi Nana menerusi direct message di Instagram penyanyi dan pelakon itu dan memohon maaf.

Tambah Zulin, apa yang dikesalkan apabila orang lain melihat komennya dengan perkara negatif sekaligus menimbulkan salah faham.

“Terima kasih yang memfitnah saya. Terima kasih manipulate ayat saya. Terima kasih semua yang hina saya.

“Percayalah, akan ada lagi manusia yang tetap dengan cara dia, pemahaman dia walaupun tuan badan pun faham apa saya cakap.

“Tak marah pun kalau tak setuju, tetapi jangan fitnah. Janganlah cakap benda yang tak dicakap.

“Akhir sekali, saya nak fokus dengan kehidupan saya. Terpulanglah kalau nak fikir negatif,” luahnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca