Terlalu kejarkan populariti, Mawi nasihat artis baru supaya persiapkan diri

Untitled design (9)
Untitled design (9)
A
A
A

SELEBRITI yang popular dengan slogan Mawi World menasihatkan penyanyi baharu agar mempersiapkan diri sebelum bersedia berdepan dengan populariti.

Mawi atau Asmawi Ani berkata, persediaan mental dan fizikal amat diperlukan bagi mengelakkan kejutan budaya ditambah pula dengan cabaran yang perlu diharungi.

"Menjadi popular memang seronok. Tetapi harus sedar kerana setiap perkara mempunyai hal yang baik dan buruk.

"Semakin tinggi pergi maka semakin ramai yang berusaha untuk menjatuhkan kita dengan pelbagai cara sama ada fitnah atau ilmu hitam," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Pelakon filem Tiada Tajuk itu juga berkongsi pengalaman berdepan dengan situasi apabila terkena penyakit misteri sehinggakan beliau muntah berdarah.

"Saya tidak mengatakan ini dengki akibat buatan orang atau sesiapa. Saya menganggapnya sebagai ujian TUHAN bahawasanya alam nyata dan ghaib itu di bawah kekuasaan ALLAH.

"Jiwa kena kental dan perlu bersedia. Banyak bertanya daripada orang-orang yang sudah berpengalaman dan belajar serba sedikit mengenai ilmu agama," tambah beliau.

Penyanyi lagu Kian itu juga mengakui tidak bersedia berdepan dengan popularti dan limpahan perhatian yang diterima setelah bergelar Juara Akademi Fantasia musim tiga pada tahun 2005.

Setelah masa silih berganti, Mawi kini bagaimanapun berasa lebih selesa dan tenang meskipun tidak lagi berada puncak populariti seperti dahulu.

"Dahulu saya hanya bercita-cita untuk menjadi penyampai radio. Tetapi, tidak sangka menjadi popular sebegitu. Disebabkan populariti secara tiba-tiba itu juga membuatkan saya keliru untuk meletakkan diri.

"Sekarang saya banyak memberi fokus kepada kerja belakang tabir selain menjadi penyampai radio Zayan FM. Sesekali jika ada masa, saya akan menghasilkan lagu," terang bapa kepada seorang cahaya mata itu.

Dalam perkembangan lain, filem terbaharu arahan beliau bertajuk Hantu Kuat Ketawa bakal ditayangkan di Astro First sekitar Disember depan dan single berjudul, Cahaya Malaika.

Mawi juga akan menerbitkan sebuah buku biografi mengisahkan perjalanan hidup beliau sepanjang hampir 20 tahun bergelar anak seni pada bulan yang sama.

 

Jangan lupa follow SinarPlus di Instagram 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca