SENTIASA menganggap dirinya masih ‘hijau’ dalam bidang lakonan, bintang yang namanya sedang meningkat naik, Shasha Abedul terbuka untuk mengambil apa sahaja cabaran demi menimba pengalaman.

Biarpun tidak mudah, Shasha yang sudah membintangi lebih 20 buah drama dan telefilem dalam tempoh lima tahun penglibatannya dalam dunia lakonan berkata, dia sentiasa cuba mencari kelainan agar tidak terperangkap dengan watak sama.

“Mungkin kerana bentuk badan dan fizikal yang saya miliki, saya sebelum ini kerap diberikan watak sebagai budak sekolah atau pelajar kolej. Lama juga ‘terperangkap’ dengan watak sebegitu.

“Bagaimanapun sampai satu masa, saya fikir saya perlu lakukan sesuatu untuk keluar daripada kebiasaan itu. Kalau balik-balik tampil denga watak remaja sahaja, macam mana kerjaya nak berkembang.

“Jadi saya mula setkan semula diri untuk lebih memilih watak yang berbeza. Mungkin tidak banyak tawaran untuk watak sebegitu datang kepada saya berbanding watak remaja, tapi saya cuba” ujarnya kepada SinarPlus.

Membuktikan kesungguhannya, bintang berusia 27 tahun mengakui pernah menolak beberapa tawaran yang datang dengan karakter sama.

“Bagi saya, tidak mengapalah kalau tak banyak tawaran pun, tetapi bila sekali dapat, kita tampil dengan sesuatu yang berbeza-beza.

“Sekarang saya lebih banyak mencari watak-watak yang lebih matang dan mencabar. Mungkin bunyinya agak klise, tetapi memang itu yang saya lakukan sekarang kerana tidak mahu berada di tempat yang sama,” kata pelakon telefilem Seindah Kasih itu lagi

Berubah

Dalam perkembangan lain, Shasha yang baru pulang mengerjakan umrah selama sebulan sepanjang Ramadan lalu tidak terlepas daripada menjadi sorotan warga maya yang mengharapkan dia tampil dengan imej baharu mengenakan hijab.

Shasha terima baik teguran dan pandangan warganet terhadap penampilannya selepas pulang mengerjakan umrah.

Tidak melatah dengan teguran diberikan, selebriti kelahiran Kuala Lumpur itu mengakui sedang memperbaiki diri ke arah yang lebih baik biarpun masih belum tampil berhijab.

“Saya terima baik semua pandangan dan teguran, insya-ALLAH saya juga mahu menjdi manusia yang lebih baik.

Iklan

“Apa yang boleh saya katakan, ini adalah antara kita dengan Maha Pencipta. Saya tahu bagaimana niat dan usaha saya untuk berubah.

“Jujurnya saya ingin mulakan untuk betulkan dalaman sya dahulu dan baharulah perkara lainya. Tak guna kalau kita ubah luaran, tetapi dalamannya masih sama dan tiada apa yang berubah,” katanya yang sentiasa positif.

Tambah Shasha, pemergiannya ke Tanah Suci selama sebulan untuk mengerjakan umrah juga bertitik tolak daripada niat dan hasratnya untuk ke arah lebih baik.

Iklan

“Tahun lalu sepanjang bulan puasa saya rehat seketika daripada lakonan untuk fokus ibadah puasa.

“Dari situ, saya pasang niat untuk berpuasa di Tanah Suci pula pada tahun ini. Alhamdulillah Allah permudahkan,” katanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi