Thalia Rasul cari dana demi harum nama di Hollywood

Untitled design (2)
Untitled design (2)
A
A
A

PENYANYI bersuara lunak, Thalia Rasul berusaha keras mencari dana dan tajaan bagi membolehkannya mewakili negara dalam pertandingan World Championship of Performing Arts (WCOPA) 2021 di California, Amerika Syarikat (AS), pada Julai 2022.

Thalia, 33, yang pernah bergelar protege kepada Ziana Zain dalam program Mentor musim keempat berkata, dia sudah dimaklumkan lebih awal untuk menanggung sendiri kos perbelanjaan.

“Ketika persaingan di peringkat nasional, saya berjaya meraih pingat emas, sekali gus layak mewakili Malaysia ke peringkat dunia di WCOPA 2021.

“Namun setiap peserta telah sedia maklum bahawa mereka perlu menanggung kos perbelanjaan termasuk tiket penerbangan pergi balik dan penginapan sepanjang berada di sana kelak,” beritahunya.

Dia yang kini cuma berniaga kecil-kecilan secara atas talian menjelaskan, kos yang diperlukannya adalah sekitar RM15,000.

Justeru, penyanyi lagu Diratah Hiba itu berharap agar ada badan korporat atau individu persendirian yang sudi menghulurkan bantuan demi merealisasikan impiannya mencipta nama di AS.

“Walaupun kosnya tinggi, saya seboleh-bolehnya ingin sahut cabaran ini kerana bukan mudah untuk dapat peluang ke sana.

“Inilah masanya untuk saya mencipta nama di pentas Hollywood. Saya berhasrat nak cari tajaan daripada tokoh politik atau ahli perniagaan terkenal,” tekadnya menanam iltizam.

Selain Thalia atau nama penuhnya Ketty Natalia Rasul, turut tersenarai dalam kategori emas adalah seorang lagi penyanyi iaitu juara Mentor musim pertama, Pija Yasin.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca