The Flash beri kejutan: Babak aksi, penampilan cameo luar jangka

A
A
A

SELEPAS Shazam! Fury of the Gods yang ditayangkan pada Mac lalu, sebuah lagi naskhah adiwira daripada DC Universe iaitu The Flash menemui penonton di pawagam.

Filem arahan Andy Muschietti itu menumpukan kepada transisi kehidupan Barry Allen menjadi dewasa. Ternyata di sebalik kostum merah dengan kuasa kepantasan luar biasa yang dimiliki, Barry atau The Flash berdepan konflik dengan diri sendiri selepas kematian ibunya.

Barry mahu melakukan perjalanan waktu ke masa lalu untuk mengubah takdir ibunya. Namun tanpa disedari, apa yang dilakukan itu sebenarnya mengubah banyak perkara dan melibatkan banyak pihak dari semesta berlainan.

Setelah sedar impak tindakannya itu, Barry perlu segera memperbetulkan keadaan dan berlumba dengan waktu agar segalanya kembali kepada normal.

Dari segi plot dan jalan cerita, The Flash mudah difahami penonton, malah sesetengah daripada babaknya juga boleh dijangka penonton.

Namun dalam keseriusan misi dan peranan adiwira yang ditampilkan, filem ini dihidupkan dengan elemen komedi bersahaja yang turut mengimbangi cerita, malah mengundang gelak tawa berpanjangan daripada penonton

Lebih menarik ia turut menampilkan beberapa karakter utama Justice League seperti Batman dan Supergirl, seolah-olah reunion kecil yang menghangatkan filem ini. Riuh rendah pawagam setiap kali mereka muncul dalam beberapa adegan dalam filem ini.

Michael Keaton sebagai Batman cemerlang membawakan peranannya. Biarpun babak melibatkan dirinya tidak banyak, tetapi penampilannya yang penuh karisma itu berjaya meninggalkan impak tersendiri, malah turut menjadi pelengkap kepada The Flash.

Tidak kurang juga Ezra Miller sebagai Barry. Cuma mungkin dari sudut emosi, Ezra kurang menyerlah sehingga menampakkan babak-babak berat melibatkan dirinya kurang meninggalkan kesan kepada penonton.

 

Antara babak menarik dalam The Flash

Pun begitu, babak-babak aksi yang ditampilkan dalam filem ini tidak kalah sebagaimana siri DC lainnya. The Flash mempunyai keistimewaan tersendiri dengan ciri-ciri yang menghiburkan pada setiap karakternya.

Cuma sayang sedikit penggunaan teknik imej janaan komputer (CGI) untuk filem terlihat kurang kemas sehingga sedikit menganggu tumpuan penonton. Terutamanya melibatkan babak pertempuran epik antara karakter utama dengan Zod.

Pun begitu kekurangan itu terubat dengan skor muzik cemerlang yang ditampilkan, sekali gus memberi mood maksimum buat penonton sepanjang menonton.

Secara keseluruhannya, The Flash adalah sebuah naskhah adiwira yang berbaloi ditonton. Bukan sahaja kepada peminat karakter DC Universe, tetapi untuk semua penonton tidak kira latar belakang dan umur.

The Flash

Bahasa: Inggeris

Klasifikasi: P12

Genre: Aksi/superhero

Durasi: 2 jam 35 minit

Pengarah: Andy Muschietti

Pelakon: Ezra Miller, Ben Affleck, Michael Keaton, Sasha Calle, Kiersey Clemons

Edaran: Warner Bros. Pictures

Tarikh Tayangan: 15 Jun 2023

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca