The Masked Singer Malaysia: Zul Huzaimy kantoi jadi Mat Penyu

A
A
A

PROGRAM pertandingan nyanyian berkonsepkan misteri The Masked Singer Malaysia (TMSM) musim kedua semakin menghiburkan apabila barisan juri dan penonton bekerja keras untuk meneka identiti sebenar selebriti di sebalik topeng.

Minggu keenam TMSM menyaksikan identiti Mat Penyu dibongkarkan, sekali gus mengesahkan ia merupakan milik pelakon dan pengarah Zul Huzaimy.

Walaupun cuba mengelirukan barisan juri dengan sikap nakal dan imej perut buncit, namun selebriti itu tetap kantoi.

Enam juri termasuk Datuk Aznil Hj. Nawawi, Ella, Angah, Ramona Zamzam, Remy Ishak dan Zizan Razak berjaya meneka Zul Huzaimy di sebalik figura Mat Penyu diumumkan tersingkir pada minggu ini.

Dengan markah terendah sebanyak 76.33 peratus (%), Zul Huzaimy terpaksa meninggalkan pentas TMSM2 selepas persembahannya menerusi lagu Karam nyanyian asal Zabarjad gagal memikat hati barisan juri.

Sementara itu, Zizan Razak mendahului juri-juri lain apabila kekal menduduki di tangga teratas dengan meraih 4 markah pada minggu ini, sekali gus melayakkannya memenangi Anugerah Tekaan Juri Paling Gempak.

Barisan peserta yang bakal meneruskan perjuangan pada minggu depan ialah Rambutan, Burung Hantu, Seladang, Bujang Senang, Ratu Semut, Periuk Kera, Si Merak dan Orkid.

TMSM2 bersiaran di Astro Warna (Saluran 127) dan Warna HD (Saluran 107) pada setiap Jumaat, jam 9 malam. Program ini juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand dan di aplikasi Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel.

(FOTO: AZRUL RAFIE - ASTRO)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca