Tiada ‘Ha’, Taici tamatkan persaingan di pentas MLM2021

A
A
A

KUMPULAN Taici menamatkan persaingan mereka di pentas Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM2021) apabila diumumkan tersingkir pada persembahan minggu kelima yang bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Jumaat.

Persembahan Taici yang terdiri daripada gabungan Chiwan, Ilham dan Tapai dilihat kurang menyerlah dan tidak menjadi sehingga gagal mendapat sebarang ‘Ha’ daripada barisan juri, sekali gus meletakkan mereka pada kedudukan terakhir.

Sementara itu, kumpulan Bahye tampil memikat hati ramai dengan persembahan menghiburkan sehingga terpilih menjadi penerima Anugerah Lawak Pedas Tak Ingat Adabi dan membawa pulang hadiah bernilai RM1,000.

Selain Bahye, kumpulan lain yang meneruskan persaingan di pentas MLM2021 pada minggu hadapan ialah Puteh, Tiro, Boro, Cawan, Tobat dan Otai.

Persembahan setiap peserta diadili oleh lima juri tetap iaitu Datuk Rosyam Nor selaku ketua juri; Noh Salleh, Diana Danielle, Uqasha Senrose dan juri misteri yang dirahsiakan identitinya, Sang Bara.

Barisan juri mewakili lima ‘Ha’ dan 70% markah, manakala 30% lagi daripada undian penonton menerusi platform digital Gempak.

MLM2021 menggabungkan barisan pelawak baharu dan lama untuk berentap merebut gelaran juara dan membawa pulang hadiah utama bernilai RM500,000.

Program dihoskan oleh Datuk AC Mizal itu disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Warna (107), setiap Jumaat, bermula jam 9 malam.

KEDUDUKAN & MARKAH PENUH MINGGU KE-5

  1. Bahye (69.84%)
  2. Puteh (60.81%)
  3. Tiro (57.21%
  4. Boro (55.54%)
  5. Cawan (49.50%)
  6. Tobat (46.47%)
  7. Otai (44.15%)
  8. Taici (38.41%)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca