Tiada penggambaran di kawasan PKP - Finas

A
A
A

PERBADANAN Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) memaklumkan aktiviti penggambaran di negeri yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 13 hingga 26 Januari depan adalah tidak dibenarkan.

Menerusi satu kenyataan pada Selasa, Pengerusi Finas, Zakaria Abdul Hamid berkata, aktiviti penggambaran di negeri-negeri yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dibenarkan dengan syarat mengikut prosuder operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Finas ingin memaklumkan kepada semua syarikat produksi bahawa aktiviti penggambaran adalah tidak dibenarkan di kawasan yang dikuatkuasakan PKP.

“Bagaimanapun bagi kawasan yang dikuatkuasakan PKPB dan PKPP, aktiviti penggambaran boleh diteruskan seperti biasa dengan syarat perlu mematuhi semua garis panduan dan SOP yang digariskan MKN.

“Ia meliputi protokol pencegahan penyakit dan sekatan, saringan kesihatan, pembersihan dan nyah kuman premis, penjarakan fizikal dan tatacara keselamatan pekerja serta tindak balas kecemasan,” ujarnya.

Penggambaran di kawasan yang dibenarkan perlu mengikuti segala protokol dan SOP yang ditetapkan.

Pada Isnin, Perdana Menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan PKP dikuatkuasa di enam buah negeri iaitu Selangor, Sabah, Melaka, Johor, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan).

PKPB pula dilaksanakan di enam lagi buah negeri iaitu Kedah, Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Terengganu dan Kelantan. Manakala Perlis dan Sarawak dikenakan PKPP.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca