KUMPULAN Bahye, Otai dan Cawan terselamat daripada penyingkiran di minggu keenam Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM2021) yang bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Jumaat.

Ketua juri, Datuk Rosyam Nor berkata, beliau dan barisan juri tetap lain iaitu Noh Salleh, Diana Danielle, Uqasha Senrose dan juri misteri yang dirahsiakan identitinya, Sang Bara sepakat untuk tidak melakukan penyingkiran pada minggu ini.

“Perkataan penyingkiran memang semua tidak suka. Saya sudah berbincang dengan pihak juri yang lain.

“Sebagai ketua juri, perkataan penyingkiran saya nak tambah dengan tiada,” ujarnya sambil disahut pengacara, Datuk AC Mizal yang memaklumkan tiada penyingkiran pada minggu keenam.

Barisan juri mewakili lima ‘Ha’ dan 70 peratus (%) markah, manakala 30% lagi daripada undian penonton menerusi platform digital Gempak.

Pengumuman itu melayakkan Bahye, Otai, Cawan dan empat kumpulan lain iaitu Puteh, Tiro, Boro dan Tobat meneruskan perjuangan di minggu ketujuh.

Dalam pada itu, menerusi persembahan minggu keenam yang bertemakan sukan dan menampilkan ahli sukan selaku tetamu jemputan, kumpulan Puteh dipilih sebagai pemenang Anugerah Pedas Lawak Tak Ingat kerana mendapat markah tertinggi daripada juri, sekali gus membawa pulang RM1,000 sumbangan Adabi serta produk Adabi bernilai RM500.

MLM2021 menggabungkan barisan pelawak baharu dan lama untuk berentap merebut gelaran juara dan membawa pulang hadiah utama bernilai RM500,000.

Program itu disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Warna (107), setiap Jumaat, bermula jam 9 malam.

KEDUDUKAN & MARKAH PENUH MINGGU KE-6

Puteh    (71.86%)

Iklan

Boro      (63.49%)

Tobat    (61.02%)

Tiro        (59.78%)

Iklan

Bahye    (57.84%)

Otai        (52.21%)

Cawan   (47.80%)