PELAKON Syida Melvin menafikan berlaku konflik antara dia dan adik-beradiknya yang lain sehingga mengambil keputusan untuk memulakan perniagaan baharu secara solo.

Menurut Syida atau nama penuhnya Nur Syifa Assyidda, 26, dia memberanikan diri bergerak solo tanpa Syatilla, Syifa dan Syafiqa demi merealisasikan perniagaan berasaskan minuman, Madani Coffee.

Namun dalam masa sama, masih bekerjasama dengan adik-beradiknya itu dalam memajukan produk kosmetik yang mereka usahakan sebelum ini.

“Meskipun perniagaan tersebut telah berjaya, namun saya mahu mencabar diri dengan memulakan perniagaan sendiri.

“Alhamdulillah, bekerja dengan adik-beradik sebelum ini banyak mengajar saya dalam menguruskan perniagaan.

”Pengalaman tersebut membuatkan saya yakin untuk menceburi bidang perniagaan baharu secara sendiri,” ujarnya.

Saling menyokong

Jelasnya lagi, keputusan untuk mencuba perniagaan baharu secara solo tidak bermakna berlaku sebarang konflik atau isu antara mereka. Malah adik-beradiknya sentiasa memberi semangat dan menyokong usaha tersebut.

“Tidak mungkinlah kami akan bergaduh hanya kerana saya keluarkan produk lain. Lagipun kami telah berjanji, jika sesiapa mahu menceburi perniagaan lain pastikan bukan perniagaan kosmetik.

“Dari awal lagi ketika baru hendak membangunkan Madani Coffee, merekalah penyokong kuat saya. Tanpa mereka tidak mungkin saya berani untuk mencabar diri melakukan sesuatu yang baharu,” tutur Syida.

Iklan
Syida memulakan penigaan baharu bersama suami, Shafiq Shaheen.

Mengulas lanjut tentang Madani Coffee, bintangdrama BFF (Best Friends Forever) dan Rindu Bertamu Di Abu Dhabi itu memaklumkan perniagaan baharu itu diusahakan bersama suami Shafiq Shaheen.

Dalam masa sama, anak kelahiran Pulau Pinang itu juga ingin membantu orang ramai menjana pendapatan dengan menjadi stokis dan ejen produknya.

“Madani Coffee berbeza dengan produk minuman lain kerana mengandungi khasiat tersendiri buat penggemar kopi. Ia mengandungi habatus sauda, garam himalaya, gula tanpa kalori dan biji kopi premium 100% Arabika.

Iklan

“Jadi, saya mengalu-alukan sesiapa yang ingin menjana pendapatan boleh menjadi ejen atau stokis kami dengan modal yang sangat rendah,” katanya yang menyasarkan jualan sehingga 100,000 paket Madani Coffee pada tahun pertama.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.