Tidak perlu malu, kami tak mahu ambil gambar sesiapa – Altimet bantu golongan terjejas
KEMPEN Bendera Putih terus menarik perhatian ramai apabila pelbagai pihak tampil ke depan untuk membantu golongan terjejas akibat pandemik Covid-19.
Tidak terkecuali penyanyi dan komposer terkenal, Altimet, 43, yang turut menggerakkan usaha yang sama menerusi sumbangan barangan keperluan kepada mereka yang memerlukan pada Jumaat ini.
“Jumaat ini, saya dan seorang rakan akan meronda sekitar Kawasan Ukay Perdana, Bukit Antarabangsa, Lembah Keramat dan Gombak mencari kibaran bendera putih.
“Kami akan tinggalkan barangan dapur di pagar atau depan rumah untuk yang memerlukan. Tidak perlu malu, kami tak mahu mengambil gambar dengan sesiapa. Kami pun tak mahu orang ambil gambar kami dan upload.
“Kamu jiran-jiran kami, celakalah kami kalau tak tolong jiran sendiri,” tulisnya di laman media sosial miliknya pada Rabu.
Dalam masa sama, penyanyi Amboi itu turut mempelawa mereka yang ingin turut serta dalam misi bantuan tersebut.
“Insya-ALLAH hajat kami meronda setiap hari Jumaat sehingga tiada satu pun bendera putih berkibaran.
“Untuk jiran-jiran lain yang ingin membantu, mohon salurkan dana ke akaun Maybank Mineralline Cosmetics: 564874006702. Akaun ini telah kami kosongkan untuk khas menerima dana bantuan sahaja,” ujarnya.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang