Tidak tahu apa itu tongs, Paris Hilton dimarahi Kim Kardashian

A
A
A

NAMA selebriti dan pewaris empayar Hilton, Paris Hilton kini kembali rancak diperkatakan apabila beliau muncul dengan sebuah program memasak, Cooking With Paris yang telah memulakan siaran pada awal Ogos lalu di Netflix.

Barisan kenalan artis seperti Kim Kardashian, Demi Lovato dan Saweetie turut diundang menjayakan rancangan itu.

Menurut penerbit, Aaron Saidman, idea menghasilkan program tersebut muncul selepas video tular menunjukkan Hilton menyediakan hidangan lasagne yang mendapat lebih 5 juta tontonan di YouTube.

Beliau yang sebelum ini pernah bekerjasama dengan Hilton dalam menghasilkan dokumentari, This Is Paris berpendapat bahawa Hilton masih lagi relevan dalam industri.

"Berbeza dengan program memasak lain yang mempamerkan kemahiran dan pengetahuan kerana dalam program ini kita ingin menyerlahkan sisi komedi dan keseronakkan memasak di dapur," katanya.

Sementara itu, Hilton memberitahu bahawa khalayak mungkin menilainya sebagai seorang yang gemar bergaya selain terkenal sebagai pencetus kontroversi berbanding memiliki kemahiran lain.

"Saya seorang yang gemarkan memasak. Selepas melakukannya saya mula sedar banyak perkara yang perlu dipelajari dan terima kasih kepada mereka yang turut hadir memasak bersama saya dalam rancangan ini," ujar Hilton.

Menerusi episod memasak bersama Kim Kardashian, Hilton telah dimarahi oleh ibu kepada empat cahaya mata itu termasuk penyanyi Saweetie kerana kecuaiannya ketika memasak selain tidak mengetahui apakah itu tongs (penyepit makanan).

Beberapa insiden lucu turut dapat ditonton selain mempelajari resipi baharu dan pastinya menghiburkan.

Selain tiga selebriti popular, program tersebut turut menampilkan pelakon komedi, Nikki Glaser, influencer Lele Pons termasuk ahli keluarga Hilton iaitu Nicky Hilton dan Kathy Hilton.

 

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca