Tiket showcase pertama Aina Abdul habis terjual

AINA ABDUL
AINA ABDUL
A
A
A

PENYANYI Aina Abdul terharu apabila penjualan tiket showcase pertamanya, A Night With Aina Abdul habis dijual dalam masa singkat selepas diumumkan pada Selasa.

Showcase istimewa itu bakal berlangsung selama dua hari di Bsync Live, Kuala Lumpur pada 16 dan 17 Disember depan.

Menurut penyanyi Sumpah itu, dia sangat teruja untuk bertemu peminat yang setia menyokongnya selama ini dan berjanji memberikan yang terbaik dalam persembahan yang disifatkan sebagai impian menjadi kenyataan itu.

Mengakui terkejut dengan sambutan luar biasa peminat menerusi pembelian tiket showcase tersebut, Aina memohon maaf kepada mereka yang tidak sempat mendapatkan tiket kerana tempat duduk yang begitu terhad.

“Ada lagi yang mesej admin saya mengenai tiket showcase saya. Maaf sangat-sangat yang tak sempat sempat nak beli tiket. Insya-ALLAH see you in the next one, okay,” ujar Aina.

Difahamkan pada showcase tersebut, Aina akan menyanyikan semua lagu nyanyiannya sendiri, namun dengan susunan muzik baharu dan segar.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca