PEMPENGARUH media sosial yang dikenali sebagai Mamat Got No Chill sebelum ini dikaitkan dengan beberapa selebriti wanita akhirnya menamatkan zaman bujang.

Dengan sekali lafaz, Mamat atau nama sebenarnya, Mohammad Firdaus Mat Nahar, 26 selamat bergelar suami kepada pilihan hatinya, Siti Nurhana pada petang Jumaat.

Menerusi siaran langsung di TikTok, Mamat dalam upacara ijab kabul menyerahkan mas kahwin sebanyak RM1,212.12 kepada pengantin perempuan.

Kedua-dua mempelai tampil indah mengenakan busana pengantin sedondon berona putih.

Baca juga:Bunga Cinta Lestari bakal berkahwin kali kedua. Pilih duda anak 3, Tiko sebagai suami baharu

Baca juga: Lambat sangat tunggu dia ajak kahwin, meh saya yang melamar Elyana kongsi detik lamar suami

Baca juga:Pelakon suara Upin Ipin, BoBoiBoy sah berkahwin, ramai pula akui diri dah tua

Rata-rata warga maya menzahirkan ucapan tahniah dan selamat pengantin baru kepada Mamat dan pasangan.

“Congrats mamat dan pasangan. Lepas ini ada peneman buat content lepas ni.”

Iklan

“Tahniah Nana dan mamat. Semoga bahagia selalu.”

“Alhamdulillah. Tahniah mamat dan pasangan.. Moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Aamiin.”

Mamat mula dikenali melalui content yang melucukan berkaitan isu semasa.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang.