Timang anak kedua, Tajul kongsi momen di bilik bersalin

A
A
A

PENYANYI Tajul Ariff berkongsi khabar gembira setelah isterinya, Nurul Shamieza Eddie selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka pada petang Khamis.

Menurut Tajul atau nama penuhnya, Tajuk Ariff Noor Md. Shari, 23, bayi lelaki seberat tiga kilogram itu dilahirkan secara norma di sebuah pusat perubatan di Kajang, Selangor.

Penyanyi yang terkenal menerusi lagu Sedalam-Dalam Rindu itu sempat berkongsi momen di dalam bilik bersalin.

“Alhamdulillah, berkat doa anda smua. Tak smpai satu jam bertarung nyawa dalam bilik bersalin, isteri Tajul dah selamat bersalin dengan normal.

“Walaupun kepala aku terkehel tadi, sebab isteri tarik time contraction dia tengah kuat. Nasib baik selamat,” katanya yang turut menunjukkan gambar tepi tengkuknya yang calar.

Tambah adik kepada Allahyarham Achik Spin itu, dia akan berkongsi nama anaknya itu sedikit masa lagi.

Keluarga kecil Tajul.

Tajul dan Shamieza mendirikan rumah tangga tiga tahun lalu dan turut dikurniakan seorang anak perempuan, Adriana Carisa, setahun.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca