Timang cahaya mata keempat, Jamal Abdillah pilih 11.11.2020

A
A
A

PENYANYI lagenda tanah air, Datuk Jamal Abdillah selamat menimang cahaya mata keempat apabila isteri, Datin Zai Izzati, 25, melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah hospital swasta di Ipoh, Perak, pada petang Rabu.

Istimewanya, bayi yang diberi nama El Issac Yamani itu lahir pada tarikh unik, 11.11.2020, sebagaimana kakaknya, Nur Azura Yamani yang lahir pada 10.10.2019.

Jamal, 61, sebagaimana dipetik daripada Astro Awani berkata, kehadiran cahaya matanya itu merupakan satu rahmat besar buat dirinya.

"Allah sahaja yang tahu perasaan saya ketika ini. Menerima anak pada usia sebegini adalah rahmat yang sukar digambarkan dengan kata-kata.

“Saya dan isteri menerima kelahiran ini dengan penuh rasa syukur," kata Jamal.

Menurut penyanyi Kekasih Awal dan Akhir itu, anak lelakinya dijangka lahir pada 17 November ini, bagaimanapun dia bersetuju membenarkan isterinya melakukan pembedahan pada tarikh 11 November kerana tarikhnya yang istimewa dan mudah diingati.

Jamal dan Zai Izzati mendirikan rumah tangga pada 1 April 2017 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Azura Yamani yang kini berusia setahun. Manakala menerusi perkahwinan terdahulu, Jamal dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Osama Yamani, 19, dan Ahmad Zaki Yamani, 14.

 

(FOTO: Astro Awani/Datuk Jamal Abdillah)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca