KUMPULAN Tiro diumumkan sebagai juara program Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM2021) yang berlangsung di Putrajaya International Convention Centre, pada Jumaat.

Pada pentas akhir yang bertemakan bebas dan muzikal, Tiro yang dianggotai Sharif, Syaiful dan Danial tampil dengan persembahan bertenaga sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000 beserta trofi.

Naib juara pula dimenangi kumpulan Puteh dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM250,000 berserta trofi.

Sementara itu, kumpulan Boro pula berjaya mendapat tempat ketiga dan membawa pulang hadiah wang tunai RM150,000 berserta trofi.

Kumpulan Bahye dan Tobat pula sekadar berpuas hati mendapat tempat keempat dan kelima.

Bahye membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi manakala Tobat pula membawa pulang wang tunai RM15,000 berserta trofi.

Berikut markah pada minggu akhir :

TIRO      – 66.97%

PUTEH  – 63.91%

BORO    – 59.78%

BAHYE   – 56.88%

Iklan

TOBAT  – 53.26%

MLM 2021 menampilkan barisan juri seperti Datuk Rosyam Nor (selaku ketua juri), penyanyi Noh Salleh; aktres Diana Danielle dan Uqasha Senrose. Manakala identiti Juri Misteri iaitu Sang Bara telah digalas oleh Sharnaaz Ahmad.

Juri tetap mewakili 70 peratus markah dan baki 30 peratus daripada jumlah undian penonton adalah menerusi platform digital, Gempak.

Iklan

MLM2021 dihoskan oleh Datuk AC Mizal itu, manakala penyampai radio SINAR, Dina Nadzir bertindak sebagai pengacara Backstage MLM2021.

11 kumpulan yang terdiri daripada gandingan duo dan trio pemain komedi tanah air berentap sejak 15 Oktober lalu ditayangkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 107) serta Astro GO dan On Demand.

Foto : Azrul Rafie (Astro)