Tokti dedikasi single Anakanda buat Muhammad Afwa

A
A
A

JIKA lagu Comel Pipi Merah yang pernah trending pada tahun 2018 dicipta buat cahaya mata sulungnya, Siti Aafiyah, kini penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi tampil dengan sebuah lagu istimewa yang didedikasi buat anak keduanya, Muhammad Afwa.

Lagu berjudul Anakanda yang dimuatkan dalam album kanak-kanak klasik, Legasi itu merupakan ciptaan Siti sendiri, sementara lirik pula oleh Rozi Sang Dewi.

Menurut Siti, 42, lagu tersebut dicipta ketika sedang mencari ilham sebuah lagu khas untuk anak keduanya.

“Saya memilih rentak inang bagi menyesuaikan dengan konsep keseluruhan album lagu kanak-kanak klasik, Legasi dan ia diterbitkan oleh Pown Hasril.

“Anakanda merupakan lagu paling akhir saya rakamkan untuk album Legasi.

“Apabila memutuskan untuk memasukkan lagu Comel Pipi Merah ke dalam album Legasi, saya terfikir untuk mencipta sebuah lagu khas dan baharu buat anak yang bakal lahir,” katanya.

Jelas Siti yang selamat melahirkan cahaya mata keduanya pada 19 April lalu, lagu tersebut menggambarkan harapan ibu bapa terhadap jati diri anak lelaki mereka serta mahu menerapkan sisi bertanggungjawab terhadap orang sekeliling.

“Melagukan lirik yang positif, bermoral dan menerapkan asas yang baik juga membantu perkembangan minda anak-anak.

“Anakanda bukan sahaja bentuk harapan yang dilagukan oleh saya tetapi harapan setiap insan yang memiliki cahayamata,” ujarnya.

Muzik video lagu Anakanda kini boleh di saluran YouTube Siti Nurhaliza mulai pada 26 April lalu.

Album kanak-kanak klasik Legasi terbitan terbitan Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd dan edaran digital oleh Universal Music Malaysia itu dilancarkan pada 1 April.

 

(FOTO: Universal Music Malaysia)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca