Tolong berhenti buat benda tak senonoh tu – IG Live Elvina digodam

ELVINA MOHAMAD
ELVINA MOHAMAD
A
A
A

SESI siaran langsung di Instagram pelakon Datin Elvina Mohamad gempar seketika apabila dicemari dengan insiden tidak diingini pada malam Sabtu.

Sesi siaran langsung tersebut pada mulanya hanya disertai oleh Elvina dan dua rakannya yang lain, sebelum kehadiran individu tidak bertanggungjawab menggunakan akaun salah seorang kenalan mereka yang membuat permintaan untuk turut serta.

Apa yang menggemparkan, lelaki tersebut melakukan perbuatan jijik dengan menunjukkan kemaluannya sebelum sesi tersebut dihentikan serta-merta.

“Salah seorang ajak saya live, saja nak lepas rindu sebab dah lama tak jumpa. Maklumlah sepanjang pandemik, media sosial menjadi tempat kita nak lepas rindu dan kekal berhubung dengan semua orang.

“Malangnya lain pula yang terjadi pada kami. Salah seorang rakan ajak saya, jadi Zawa pun terima permintaan dia. Tak sangka yang masuk adalah orang lain.

“Individu yang tak bertanggungjawab yang godam live kami dengan menunjukkan A** dia,” jelas Elvina.

Mengakui terkejut dengan kejadian tersebut, pelakon Takdir Yang Tertulis itu menitipkan pesan agar orang ramai lebih berhati-hati ketika membuat sesi siaran langsung di Instagram.

“Ya Allah masih terkejut dengan apa yang terjadi tadi. Jadi kepada sesiapa yang rajin buat live sejak akhir-akhir, tolong berhati-hati kerana saya difahamkan ini bukan kali pertama individu tersebut godam live orang,” ujarnya.

Dalam perkongsian sama, Elvina turut memuat naik petikan video terbabit yang sempat dirakamkan salah seorang pengikutnya di laman Instagram ketika kerjadian berlaku.

“Kepada individu yang tak bertanggungjawab tersebut, media sosial media bukan tempat untuk melepaskan nafsu. Tolong berhenti buat benda tak senonoh tu.

“Engkau dah kenapa. Dah gila S** sangat ke. Geram pulak kita!

“OKlah saya nak tenangkan diri sekejap yang masih terkejut ni. Nak pergi sanitasi mata dengan Dettol sebab dah tertengok *** tadi,” katanya yang masih trauma dengan kejadian tersebut.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca