Tony Spider meninggal dunia

TONY SPIDER MENINGGAL DUNIA
TONY SPIDER MENINGGAL DUNIA
A
A
A

PEMUZIK terkenal dan bekas pemain bass kumpulan Spider, Tony Iskandar Alberto meninggal dunia sekitar jam 2.30 pagi, pada Rabu.

Difahamkan, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir ketika sedang berehat di studio rakaman Luncai Emas, milik Datuk M. Nasir di Sungai Buloh.

Berita tersebut dikongsikan pemain gitar, Along Exist menerusi Instagram miliknya sebentar tadi.

“Alfatihah buat Tony Iskandar, pemain bass kumpulan Spider yang telah meninggal dunia. Semoga semuanya dipermudahkan urusan,” tulis Along.

Tony dikenali bersama kumpulan Spider yang turut dianggotai oleh Tam sebagai vokalis, Nafie (gitar) dan Aie (dram). Sementara Is menggantikan tempat Tony sebagai pemain bass selepas pengundurannya.

Spider yang merupakan anak didik Datuk M. Nasir menempa nama dengan lagu-lagu hits mereka seperti Relaku Pujuk, Laukku Cukup Masin, Kasih Latifah dan lain-lain.

Terdahulu Tony membuat keputusan untuk keluar daripada Spider atas sebab kesihatan pada tahun 2012 dan kini aktif  dengan kerja-kerja belakang tabir sebagai penerbit muzik.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca