‘TOTALLY insane!’, itu yang dilalui penyanyi yang popular dengan lagu Jangan Jangan, Wani Kayrie dalam perjuangan menuntut ilmu.

Walaupun melalui detik mencabar dalam semester lalu, dia ternyata gembira dengan pencapaiannya itu.

Menerusi laman Instagram, Wani atau nama sebenarnya Syazwani Abdullah, 22, yang menyambung pelajaran dalam bidang Ijazah Sarjanan Muda Undang-Undang dan Perdagangan berkongsi perjalanannya yang mencabar.

“So close but Alhamdulillah! Another dean’s list. Tak tahu nak nangis ke nak happy. To have 7 subjects in one semester is totally insane!

“But so proud that I made it through this hectic and challenging journey. Rezeki juga dapat group mates yang sangat membantu dan memahami,” coretnya.

Baca juga “Netflix hendak beli Mat Kilau 7 juta.” – Syamsul Yusof

wani kayrie

Dalam pada itu, Wani turut memohon doa orang ramai untuknya dalam mengharungi dua semester lagi.

“Terima kasih semua yang sentiasa support Wani dalam pelajaran dan sentiasa mendoakan kejayaan Wani.

“2 more semester to go for my Bachelor life. Doakan Wani berjaya mengharungi segala ujian dan cabaran yang akan mendatang ya!” ujarnya.

Wani turut berkongsi slip keputusan peperiksaannya untuk tatapan umum.

Baca juga Bahagia, Aurel Hermansyah terharu hari lahir dirai suami atas kapal mewah

Sementara itu, menjengah ruangan komen, Wani mendapat ribuan kata-kata semangat daripada rakan artis dan pengikutnya.

Ujar mereka;

Iklan

“Semakin kita bersyukur pada ALLAH semakin ditambah nikmat. Stay humble, usaha dan doa adalah kunci kejayaan dalam khidupan. Insya-ALLAH.”

“Alhamdulillah… Respect betul Wani ni. Terbaikk… on fire.”

“Big congrats from Singapore babe! More wonderful years to come!”

“Go,go,go,go, semoga terus maju lagi, semoga sakses!”

“All the best for next 2 semester, you can do it!”

Iklan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by WANI KAYRIE (@wanikayrie)

Tahniah Wani! Moga ia dapat memberi inspirasi buat semua yang sedang menuntut ilmu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.