FILEM Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan dikhabarkan menarik perhatian syarikat penerbitan dan perkhidmatan penstriman Netflix.

Menempa pelbagai kejayaan, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan mula ditayangkan pada 23 Jun 2022 lalu mencatat kutipan RM71 juta dalam tempoh 19 hari tayangan.

“Saya akan risau jika minggu kedua Mat Kilau drop, ia menunjukkan ramai yang tidak berapa suka. Tapi minggu kedua, majoriti menerima,” katanya menerusi temuramah di saluran YouTube, Pure Pixels #Zhafvlog.

Baca juga: 19 hari, Mat Kilau kutip 71 juta, ustaz dedah amalan Syamsul Yusof dimurahkan rezeki

Baca juga: Mat Kilau paling tinggi kutipan dalam sejarah Malaysia, 53 juta dalam 13 hari!

Filem yang bermodalkan RM8 juta adalah hasil tangan Syamsul yang mencipta fenomena baru dan semangat perpaduan perjuangan Melayu.

Lebih membanggakan, Syamsul mendedahkan filem tersebut turut menarik perhatian syarikat penerbitan dan perkhidmatan penstriman, Netflix.

Baca juga: Mat Kilau pecah rekod Munafik 2, kutip RM39 juta, top 5 filem Malaysia

Baca juga: Hormati jadual ‘shooting’ Mat Kilau, Yayan Ruhian hampir tidak muncul dalam John Wick 3

“Netflix nak beli Mat Kilau 7 juta. Jangan persoalkan bajet RM8 juta. Tiada filem Melayu mereka hendak beli hingga RM7 juta.

“Ini bermakna mereka nampak ada sesuatu pada filem ini yang menyebabkan mereka menawarkan harga sebegitu,” tuturnya.

Baca juga: Penerbit Mat Kilau rupanya jutawan, pemilik Hospital Az-Zahrah, PU Amin dedah kisahnya

Sutradara muda tersohor dengan hasil hebat itu berpandangan para pembikin filem tidak perlu meletakkan pengiktirafan pada tempat pertama sebaliknya memberikan tumpuan kepada penghasilan karya.

Iklan

“Sebab itu saya tolak tepi Netflix atau hendak menang anugerah terlebih dahulu, menang anugerah luar negara atau ditayangkan di New York. Yang penting karyanya. Harga akan bergantung kepada impak filem tersebut di negara sendiri,” kata Syamsul.

Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan dibintangi nama-nama besar seperti Datuk Adi Putra sebagai Mat Kilau, Beto Kusyairy sebagai Wahid manakala aktor Fattah Amin memegang watak Awang.

Baca juga: Fazura puji Fattah Amin sebagai Awang dalam Mat Kilau, 3-4 pagi masih dalam sungai

Selain itu ia turut membariskan pelakon hebat seperti Datuk Jalaludin Hassan, Ellie Suriaty, Johan Asa’ri, Mubarak Majid dan Wan Hanafi Su.

Iklan

Lebih membanggakan filem ini adalah filem Malaysia pertama mengatasi rekod kutipan filem Hollywood, Avengers: Endgame, yang mencatatkan kutipan lebih RM84 juta semasa ditayangkan di pawagam tempatan pada tahun 2019.

Baca juga: ‘1 hari 1 juta, 2 hari 2 juta’ – Filem Mat Kilau terima sambutan luar biasa

Sumber: YouTube Pure Pixels #Zhafvlog

Foto: Instagram syamsulyusoffilm