Tragedi rempuhan, konsert NCT 127 hari kedua di Jakarta aman

A
A
A

KONSERT NCT 127: 2nd Tour Neo City: Jakarta – The Link yang berlangsung hari kedua pada Sabtu berlangsung dengan aman tanpa sebarang tragedi rempuhan seperti yang berlaku ketika persembahan hari pertama.

Menurut laporan CNNIndonesia.com, peminat lebih tertib dan tidak bertolak-tolakan sepanjang konsert berlangsung selama tiga jam, bermula pada 2 petang.

NCT127Kumpulan NCT 127 terpaksa menghentikan persembahan mereka 30 minit lebih awal pada Jumaat selepas 30 peminat pengsan akibat bersesak-sesak.

Sebelum itu, pada Jumaat, pihak polis terpaksa menghentikan konsert NCT 127 yang berlangsung di Indonesia Convention Exhibition (ICE) selepas kira-kira 30 penonton pengsan.

Perkara itu disahkan jurucakap polis, Zulpan yang memberitahu konsert hari pertama itu dihentikan sekitar pukul 9.20 malam Jumaat.

"Ya konsert NCT di Tengerang dihentikan oleh pihak polis. Mereka bertolak-tolak mahu dekat dengan panggung, akhirnya jatuh dan pengsan.

"Kira-kira 30 orang yang dilaporkan pengsan.

"Acara itu hanya berbakit 30 minit, namun situasi semakin parah dan pihak polis mengambil keputusan menghentikan konsert itu bagi menghindari kemalangan lebih teruk,” ujarnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca