PELAKON Remy Ishak kini sedang menikmati momen bergelar bapa apabila isteri, Roszaliza Yusof, selamat melahirkan anak sulung pada 27 Julai lalu.

Hampir sebulan usia bayinya, Remy atau nama penuhnya Mohammad Zalimei bin Ishak berkongsi nama yang diberikan buat permata hati.

Kata pelakon Lelaki Kiriman Tuhan itu, dia dan isteri, Ezza Yusof telah sepakat mengabadikan nama Tuah Alam buat anak pertama mereka.

Tambah Remy, sejak bujang lagi beliau menyimpan hasrat untuk menamakan anak dengan nama yang mempunyai unsur kemelayuan.

Baca juga: Remy Ishak kini bapa, selamat timang anak sulung

“Masa bujang dulu saya pernah terfikir kalau anak lelaki saya nak letak nama ada unsur Melayu.

“Saya pilih nama Melayu dan nak nama Melayu. Saya berbincang dengan isteri dan dia pun setuju,” ujarnya.

Remy memaklumkan pada awalnya beliau dan Ezza mempunyai beberapa pilihan nama lain sebelum memilih Tuah Alam.

Jelas Remy lagi, pemilihan nama Tuah tiada kena mengena dengan kepahlawanan.

“Selain Tuah Alam, kita ada letak Tuah Arjuna, Tuah Alexander. Kenapa Alexander? Sebab hari itu saya ada baca buku agama Alexander Zulkarnain.

“Tapi akhir sekali kami pilih Tuah Alam. Nak ada nama campur juga pada awalnya tapi tak boleh sebab bukan jiwa.

“Tuah mungkin orang ingat sebab nama pahlawan tapi ia bukan hanya kerana itu. Ini pendapat secara individu.

“Ada orang mahu letak nama Arab dengan maksud yang bagus. Jadi daripada pakai nama Arab baik saya terus pakai Melayu sahaja. Maksud Tuah adalah Tuah, jadi daripada pakai nama Arab baik terus pilih Melayu,” ujar Remy.

Iklan

Baca juga: Rambut panjang Remy Ishak kena ‘cantas’ sebelum kelahiran anak, isteri kata susah dapat peluang

Manakala ‘Alam’ pula katanya sangat peribadi. Menurut Remy, ia dipetik daripada ayat pertama surah al-Baqarah.

Tuah dilahirkan di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur pada pukul 11.17 pagi bertarikh 27 Julai 2023.

Iklan

Remy dan Ezza diijabkabulkan pada 21 Ogos 2021 di Masjid Negara selepas tujuh tahun berkenalan.

Baca juga: Isu penyondol, Remy Ishak lebih terbuka dengan isteri

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!