Tubuh Zamani semakin bongkok, berikut 9 fakta mengenai penyakit yang dialami
BARU-baru ini tular satu rakaman yang memaparkan sosok tubuh penyanyi pop rock, Zamani Slam yang semakin membongkok.
Video berkenaan dirakam oleh seorang pengguna TikTok yang hadir dalam satu acara majlis berbuka puasa dan menampilkan Zamani sebagai artis undangan majlis berkenaan.
@annasoffiya ????#iftar2022#fypシ#fyp#foryou♬ original sound - Anna Soffia
Pada mulanya, Zamani menyanyi sambil duduk di atas kerusi sebelum berdiri menghampiri peminat di sekeliling pentas.
Figura yang berusia 51 tahun itu masih bersemangat menghiburkan peminatnya walaupun keadaan fizikalnya membimbangkan ramai orang.
Baca juga: Roslan Aziz Hidap Kanser Limfoma Tahap 4, Ketahui Faktor, Tanda Penyakit Dihidapinya
Sungguh pun, penyakit skoliosis yang dihidapinya itu semakin serius, ia seolah-olah tidak memberi kesan terhadap mutu persembahannya.
Berikut fakta mengenai penyakit skoliosis yang perlu diketahui:
1. Penyakit skoliosis disebabkan tulang belakang membengkok secara berlebihan ke arah yang tidak betul.
2. Perkataan skoliosis berasal daripada perkataan Greek yang membawa maksud bengkok.
3. Tulang belakang seseorang yang menghidapi penyakit skoliosis berbentuk seperti huruf S atau C.
4. Kanak-kanak di bawah umur tiga tahun juga berisiko menghidapi penyakit skoliosis yang mungkin disebabkan oleh kecacatan yang dialami sejak lahir, penyakit saraf, kecederaan, jangkitan dan ketumbuhan.
5. Penyakit skoliosis juga boleh terjadi kepada para remaja yang berusia 10 tahun ke atas yang mana, penyakit ini tidak diketahui puncanya.
6. Skoliosis yang dihidapi oleh orang dewasa disebabkan penyakit berkenaan gagal dikesan sewaktu kanak-kanak dan tidak mendapat rawatan dengan segera.
7. Sekiranya terdapat ahli keluarga yang menghidapi penyakit skoliosis maka sebanyak 20 peratus kemungkinan ahli keluarga yang lain akan menghidapi penyakit sama.
8. Skoliosis bukan berpunca daripada duduk membongkok, duduk dalam keadaan janggal atau tidur di atas tilam yang nipis.
9. Seseorang yang menghidapi penyakit skoliosis akan mengalami tanda-tanda:
- Tulang bahu menonjol.
- Kedudukan otot tulang belakang tidak sama.
- Aras pinggul dan bahu tidak sama.
- Panjang jarak tangan di sisi tidak sama.
- Baju yang dipakai kelihatan senget.
Sumber: My Health
Baca juga: Badan Dipenuhi Ruam Merah, Anak Amar-Amyra Diserang Penyakit Kawasaki
Baca juga: Bruce Willis Bersara Akibat Aphasia, Berikut Fakta Penyakit Dihadapinya
Kredit video: AnnaSoffiya
Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang