USAHA kecil tapi besar maknanya. Mungkin itu yang boleh disimpulkan daripada tindakan niat murni pengacara dan pelakon, Zulin Aziz.

Zulin atau nama sebenarnya, Farah Azleenda Abdul Aziz, 32, ketika ini berada di Tanah Suci Makkah mengambil kesempatan untuk melakukan solat hajat dan menitipkan doa buat mangsa banjir di seluruh negara semasa menunaikan ibadah umrah.

“Apa yang saya mampu, saya selitkan tiap doa saya di sini buat semua mangsa banjir di Malaysia.

Iklan

“Alhamdulillah selesai solat hajat buat mangsa banjir di Malaysia, doa buat keluarga, sahabat dan followers. Semoga Allah perkenankan doa-doa kita,” kongsinya menerusi Instagram.

Iklan

Zulin berangkat menunaikan ibadah umrah pada Isnin lalu dan turut disertai beberapa teman rapat.