"Tunaikan segala impian yang tersayang", pesan Shuib sempena setahun pemergian isteri

"Tunaikan segala impian yang tersayang", pesan Shuib sempena setahun pemergian isteri
"Tunaikan segala impian yang tersayang", pesan Shuib sempena setahun pemergian isteri
A
A
A

"TUNAIKAN permintaan orang yang kita sayang, cubalah sehabis baik untuk memenuhi segala permintaan kerana mungkin itu adalah permintaan yang terakhir."

Begitu pesanan ringkas usahawan serta pelawak terkenal, Shuib kepada insan bergelar suami.

Shuib menitip pesanan tersebut sempena genap setahun pemergian arwah isterinya, Siti Sarah Raissudin semalam.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Shuib turut berkongsi sebuah video yang disifatkan sentiasa membuatnya rasa sedih sekali gus buat warga maya turut menitis air mata.

Baca juga Magis Anuar, Ziana Zain! Antara tangis dan teruja peminat

"9 Ogos 2022. Genap setahun sayang pemergian you. Inilah video yang selalu buat I sedih yang teramat.

"Masa ni pregnant lima bulan, you nak sangat makan dekat tempat favourite you. Berkali-kali call sebab nak ajak pergi makan. Bila I pergi ambik, buat pulak muka comel dengan manjanya sekali.

"Alhamdulillah dapat you makan kat tempat yang you nak,” coret Shuib.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Selain berkongsi memori bersama arwah isteri tercinta, Shuib turut berpesan kepada para suami supaya sentiasa peka dengan permintaan orang yang disayang.

"Pada suami semua, selagi mana kita boleh tunaikan permintaan orang yang kita sayang, cubalah sehabis baik untuk memenuhi segala permintaan kerana mungkin itu adalah permintaan yang terakhir.

"Terima kasih yang terus mendoakan Siti Sarah, semoga kita semua diberkati dan dirahmati dunia dan akhirat. Amin. Al-Fatihah buat Siti Sarah Raissuddin," ujarnya.

Allahyarhamah Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos tahun lalu selepas melahirkan anak keempatnya, Ayash Affan dalam keadaan dijangkiti virus Covid-19.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca