Umar Uzair terus martabatkan lagu puisi

umar uzair
umar uzair
A
A
A

MENYIMPAN hasrat lebih dua tahun untuk memiliki hak penerbitan lagu Cenderawasih daripada pihak Warner Chappell Music Singapura, penyanyi lagu puisi, Umar Uzair lega akhirnya dapat memulakan produksi lagu itu secara rasmi.

Meskipun merakamkan lagu ini terlebih awal dan dimuatkan dalam album Hasrat Sang Enggang, Cenderawasih masih dianggap karya segar kerana belum pernah disiarkan secara penuh di mana-mana platform muzik sebelum ini.

Menurut Uzair, album Hasrat Sang Enggang memuatkan empat buah lagu, sebuah syair dan sebuah deklamasi puisi.

“Selepas beberapa buah lagu lain dalam album ini diperkenalkan, kini saya tampilkan lagu Cenderawasih sebagai single terbaharu.

“Ia kini boleh dinikmati di semua platform digital terpilih sejak pertengahan Februari lalu,” katanya.

Karya ciptaan seniman terkenal kelahiran Singapura, Allahyarham Zaidy Nandir itu merupakan lagu asal daripada persembahan kumpulan 2D dengan judul asalnya, Cenderawasih: Epilog Cinta Luka yang juga diiktiraf sebagai salah sebuah lagu Melayu paling berjaya di negara itu.

Kehebatan Cenderawasih bukan sahaja terletak pada komposisi muziknya yang kaya dengan nuansa nusantara, malah lirik puitisnya memberi analogi menarik tentang kekecewaan seorang pencinta kerana tidak dapat memenuhi permintaan kekasihnya

sehingga mematahkan semangat.

“Saya melihat Cenderawasih sebagai sebuah lagu puisi terbaik pernah dihasilkan dan berasa bertanggungjawab untuk terus mengangkat keindahannya dengan memperkenalkan kepada pendengar di Malaysia pula.

“Keizinan dan kata-kata semangat Allahyarham abang Zaidy Nandir sebelum pemergian beliau juga merupakan semangat berterusan buat saya,” kata Uzair.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca