"Unik, klasik!" Shaheizy Sam, Syatilla kongsi nama, wajah anak ketiga

"Unik, klasik!" Shaheizy Sam dan Syatilla kongsi nama, wajah anak ketiga
"Unik, klasik!" Shaheizy Sam dan Syatilla kongsi nama, wajah anak ketiga
A
A
A

MASUK usia dua hari, pasangan pelakon terkenal, Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin tampil berkongsi wajah dan nama anak ketiga mereka.

Berita baik itu dikongsi oleh kedua-dua pelakon tersebut menerusi hantaran di akaun Instagram mereka.

"Salam semua mempersembahkan hasil menuai kami yang ketiga, Salama Samheizy Shaheizy Sam. Dagu tetap!

"Keluaq (keluar) ikut tingkap," tulis Syatilla semalam.

Kedua-dua pasangan selebriti itu pada masa yang sama turut berkongsi berat Salama iaitu 3.05 kilogram dan proses bersalin secara pembedahan.

Dalam pada itu, Sam berharap hubungan dengan cahaya mata baharu akan menjadi satu perhubungan yang akrab.

"Assalammualaikum... Salama Samheizy Shaheizy Sam here... Please be good to me, dear world. I’ll be your best friend," coret Sam.

SHAHEIZY SAM-SYATILLA MELVIN

Baca juga Shaheizy Sam, Syatilla timang anak ketiga

9 Mei lalu, Syatilla selamat melahirkan bayi ketiga kira-kira jam 11 pagi di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

Sam dan Syatilla berkahwin pada 8 Februari 2016 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 5, dan Sarima Samheizy, 2.

Menjengah di ruangan komen posting kedua-dua pasangan pelakon itu, rata- rata warga maya memuji kecantikan wajah dan keunikkan nama anak ketiga mereka.

Ujar mereka;

"Bagus saya suka cantik baby girlnya mesti banyak rezeki ni amiinnn tak yah lah cover-cover... alhamdulilah."

"She’s sooooo cute. Welcome to the world baby girl."

"Masha Allah. Tabarakkallah! Cantik dan unik namanya macam wajahnya."

"Klasik namanya, yang pasti cantik dan kiut. Senyum je dia."

"Senyum tu macam abang Syeriv... dagu pula macam kakak Mima dia."

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca