BEKAS suami pelakon dan usahawan Mawar Rashid, Raf Yaakob menzahirkan ucapan terima kasih kepada warga maya selepas mengumumkan perpisahan.

Bapa kepada lima cahaya mata itu menerusi Insta Stories menjelaskan, banyak persoalan telah diajukan kepadanya berkaitan penceraian namun beliau memohon agar diberikan ruang.

Raf bagaimanapun berkata akan berkongsi perkembangan dirinya menerusi saluran Telegram selepas ini.

“Thank you so much for all the kind words. I appreacite it so much.

“So many questions been asked and you guys wants me to answer. I can’t do it now. Berikan Raf masa dan tunggu dalam Telegram Raf for the updates ok?

“Everything gonna be just fine,” kongsinya.

Baca juga: Tiada persefahaman, Mawar Rashid & Raf Yaakob berpisah

Baca juga: Kongsi foto berhijab, padam hantaran free hair, ramai doakan Mawar Rashid

Raf menerusi hantaran di Telegram menyatakan apa yang terjadi adalah ketentuan ALLAH.

“Saya fikir orang ramai harus benar-benar menghentikan andaian, kebencian dan negatif tanpa mengira apa juga keadaan.

“Rukun iman keenam. Percaya kepada qada dan qadar. Beriman kepada qada dan qadar bermaksud percaya kepada takdir.

“Seseorang itu mesti yakin dan percaya bahawa segala yang berlaku dalam alam ini semuanya ketentuan dan ketentuan ALLAH SWT,” kongsinya.

Iklan

Semalam Mawar, 28, dan Raf atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob, 38, mengesahkan mereka memilih jalan untuk berpisah namun sepakat untuk membawa haluan masing-masing kerana tiada persefahaman.

Mereka berkahwin pada pada November 2017 selepas dua bulan mengikat tali pertunangan.

Perkahwinan selama enam tahun diserikan dengan kehadiran tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta, 2, dan Raden Seri Riyanna Sayang yang kini berusia 10 bulan.

Iklan

Raf juga memiliki dua orang anak daripada perkahwinan pertama iaitu Raden Ahmad Tayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!