Usia masuk ke 33 tahun, Ummi Nazeera reward diri sendiri kereta mewah

PELAKON cantik, Ummi Nazeera kini memasuki usia 33 tahun.

Dalam melayari kehidupan dalam kelas tersendiri, Ummi atau nama sebenarnya Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainal Abidin sungguh bertuah kerana sentiasa dikelilingi insan-insan tersayang dan peminat setia.

Bersempena ulang tahun kelahiran 20 Ogos lalu, pelakon Nur Kasih dan Hikayat Merong Mahawangsa itu diraikan penuh meriah oleh kenalan rapat.

Dia yang mengenakan persalinan jaket biru dan tudung polos warna senada kelihatan ceria dan gembira.

Kongsinya, “Alhamdulillah! Officially 33. Thank you for this lovely surprise babies @shaziarozaini @theninasmith @diy. I am so grateful for this positive friendship. Alhamdulillah.

“Thank you to everyone for the doa. Thanks to my husband for allowing the girls to bring me out,” coretnya.

Baca juga Ummi Nazeera cemas anak sulung patah siku operate emergency, syukur suami tenang di sisi

 

Sementara itu, suami tercinta iaitu Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani turut tidak ketinggalan memberi ucapan istimewa.

“Selamat Hari Kelahiran buat isteriku yang tercinta. Terima kasih kerana menjadi isteri yang terbaik dan menjadi mummy terbaik buat Ayra dan Aysha.

“Semoga Allah terus melimpahkan kebahagiaan dan rezeki yang tiada sempadan kepada kita sekeluarga. We love you, mummy. Nak marah-marah tu marah kat hero-hero drama you pun dah cukup.

“Yang tu saya gembira sebab bukan saya yang kena marah,” selorohnya.

Iklan

Baca juga ‘Berbuat baik lah pada ibu, ibu dan ibu…’– Ummi Nazeera kongsi pengalaman hamil anak kedua

Apa yang lebih membahagiakan, ibu dua cahaya mata itu turut memberi hadiah buat dirinya sendiri pada 8 Jun lepas iaitu kira-kira dua bulan awal dari tarikh hari lahir yang berupa sebuah kenderaan MPV mewah berwarna putih.

“Alhamdulillah! Finally picked up my early birthday present for myself memandangkan hari ini hari cuti saya, sempatlah pick up. As a mother, my top priority has always been my children,” ujarnya.

Iklan

Ummi Nazeera mendirikan rumah tangga dengan Dr Izzar Anwari pada 23 Julai 2017. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan Ayra Aneesah berusia empat tahun dan Aysha Arsylia berusia dua tahun.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!