Ummi Nazeera cemas anak sulung patah siku operate emergency, syukur suami tenang di sisi

A
A
A

ANAK kepada pelakon Ummi Nazeera mengalami kecederaan pada bahagian siku selamat menjalani pembedahan.

Sudah menjadi sifat semula jadi mak-mak yang akan risau dan bimbang keadaan anak, apatah lagi jika mereka masih kecil.

Ummi, 33, atau nama sebenarnya Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainal Abidin meluahkan rasa syukur apabila anak sulungnya, Ayra Aneesah, 5, semakin pulih.

“Kepada yang bertanya, Ayra semakin pulih tetapi dia perlu berhati-hati untuk empat hingga enam minggu akan datang untuk memastikan sikunya sembuh sepenuhnya. No school,” titipnya.

Baca juga: Mudarat kulit, mata, pernafasan. Risiko tinggi guna spray gun cara salah - Dr Izzar

Pelakon Nur Kasih dan Hikayat Merong Mahawangsa itu memuat naik video yang memaparkan Ayra ditolak selepas pembedahan.

Ummi juga bersyukur suaminya, Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani berada di sisi yang sedikit sebanyak memberikan ketenangan dan kekuatan.

Baca juga: Tular drama ‘Rindu Kasih,’ rupa-rupanya banduan boleh jaga anak dalam penjara sampai usia 3 tahun

 

“Alhamdulillah. Pembedahan @ayra.aneesah berjalan lancar. Saya tidak tahu apa yang saya akan lakukan tanpa awak. @izzar Terima kasih kerana begitu tenang. Itu membuatkan saya tenang.

“Bila anak sakit, sangat penting ada suami atau ayahnya di sisi. Kadang kadang ibu emosi, sedih sangat tengok anak sakit.

“Semoga Izzar dan semua ayah di luar sana terus menjadi ayah yang baik dan hadir dalam hidup anak anak kita. Kita doakan ya,” katanya.

Warganet mendoakan agar Ayra cepat sembuh di samping berkongsi tip pemulihan.

- "Jangan kasi angkat berat dan jangan terlanggar tangannya. Gunakan brace yang diberi juruterapi atau doktor beri. Semoga cepat sembuh Ayra."

- "Syafakillah Ayra, semoga lekas sembuh. Be strong okay mummy daddy ."

- "Insya-ALLAH anak-anak patah tulang cepat recover..."

Ummi dan suami, Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani berkahwin pada 23 Julai 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Ayra Aneesah dan Aysha Arsylia.

Baca juga: Ummi Nazeera, Jamal Abdillah tarik diri daripada Muafakat Nasional

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca