[VIDEO] Tokti genap 42 tahun, Siti Aafiyah nyanyi lagu hari jadi ramai pula yang ‘cair’

A
A
A

PENYANYI nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin atau juga mesra disapa dengan panggilan Tokti baru-baru ini menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-42.

Meskipun sudah mencecah usia 40-an namun tidak dinafikan anak jati kelahiran Pahang itu masih lagi kelihatan muda dan sentiasa tampak cantik walaupun beliau kini sedang hamil anak kedua!

Peminat juga dilihat tidak henti-henti memberikan ucapan buat penyanyi terkenal itu di media sosial.

Tokti juga turut mengucapkan jutaan terima kasih di laman Instagram milikya kepada peminat yang sentiasa menyokong dan juga stesen radio yang memutarkan lagunya dengan slot khas sejak semalam.

“Saya berterima kasih kepada stesen-stesen radio yang memutarkan lagu-lagu saya dengan slot khas bermula pagi ini.

“Jika tidak keberatan, saya mohon agar dapat diputarkan lagu Basyirah dari album #ManifestaSITI2020. Lagu yang saya lancarkan sekitar enam bulan lalu, yang mana kita bertungkus lumus menentang Covid19 serta penghargaan saya kepada frontliners serta semua yang sedang berjuang tidak kira sesiapa sahaja.

“Semoga Basyirah atau khabar gembira akan mengiringi kita semua dan kita akan menang.

“Terima kasih kepada semua yang terlibat memberi bantuan, bekerja membantu mangsa banjir di semua negeri yang terlibat.

“Kita terus berdoa agar negara kita akan dilindungi Allah dan dijauhkan musibah yang lebih teruk lagi.

“Ini doa hari lahir saya. Semoga kita semua dipermudahkan dalam setiap cabaran yang Allah uji. Terus kuat!,” tulisnya di Instagram yang dikenali sebagai @ctdk.]

Sementara itu, nampaknya, puteri sulung Tokti, Siti Aafiyah juga yang kini dilihat semakin membesar dan petah berbicara juga tidak ketinggalan untuk memberikan ucapan sempena ulang tahun kelahiran ibunya itu dengan caranya sendiri.

Menerusi satu posting yang dimuat naik di laman Instagram @Sitizonemy, Siti Aafiyah menyanyikan lagu selamat hari jadi khas buat ibunya.

Siti Aafiyah dilihat dengan gembira menyanyi buat ibunya sehingga mengundang orang ramai untuk meninggalkan pelbagai reaksi mereka kepada Siti Aafiyah yang kelihatan sangat comel dan bersahaja dalam rakaman video tersebut.

Pandai dan bijak sungguh Siti Aafiyah hiburkan ibu tercinta. Jangan katakana Tokti, siapa yang melihat rakaman video tersebut juga boleh ‘cair’.

Menerusi ruangan komen di posting pula ternyata kecomelan Siti Aafiyah nyanyi dalam video yang dikongsikan itu mencetuskan orang ramai membanjiri dengan pelbagai komen kerana tercuit hati dengan telatah anak selebriti terkenal itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BY FANS ?? (@sitizonemy)

Apa-apa pun selamat hari ulang tahun kelahiran Tokti!

ANEKDOT

Biodata

Nama Penuh : Siti Nurhaliza Tarudin

Nama popular : Siti Nurhaliza

Tarikh Lahir : 11 Januari 1979

Umur : 42 tahun

Kelahiran : Kampung Awah, Temerloh, Pahang

Pekerjaan : Penyanyi, penulis lagu, penerbit rakaman, hos, usahawan, pelakon dan duta produk serta iklan.

Media sosial : Instagram @ctdk

Kejayaan besar

  1. Juara Bintang HMI 1995
  2. Voice of Asia
  3. Anugerah Emas Asia New Singer Competition Shanghai Asia Music Festival
  4. Lebih 200 Anugerah dan Penghargaan dari dalam dan luar negara
  5. Pernah mencatat nama di dalam Malaysia Book of Records
  6. Telah menghasilkan lebih dari 250 buah lagu
  7. Artis pertama dari Malaysia pernah mengadakan konsert solo di Royal Albert Hall, London
  8. Membuat persembahan di hadapan Queen Elizabeth
  9. Merupakan wanita muslim paling berpengaruh selama 3 tahun berturut-turut pada:

  • The World's 500 Most Influential Muslims 2016
  • The World's 500 Most Influential Muslims 2017
  • The World's 500 Most Influential Muslims 2018

  1. Mendapat kurniaan darjah kebesaran negeri Pahang seawal usia 21 tahun

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca