SEMUA maklum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 telah dikuatkuasakan di enam buah negeri seluruh negara bermula hari ini sehingga sehingga 26 Januari 2021.

Tidak dinafikan ramai yang berdepan keresahan dan kesulitan apabila dilakukan (PKP) 2.0 ini, namun kes pandemik Covid-19 yang semakin meningkat naik sangat membimbangkan semua pihak.

Bagi menghiburkan orang ramai dan pengikutnya, penyanyi cantik tinggi lampai, Elizabeth Tan tampil menyunting sedikit video lagu Semua Sudah miliknya.

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram miliknya, rata-rata peminatnya terhibur dan mencuit hati.

Manakan tidak, video muzik tersebut turut memaparkan foto makanan tular serta aplikasi TikTok ketika PKP yang lalu seperti roti, kopi dolgona dan kek batik.

wani_aznan – Hahahaa.. semua dah sudah, sekarang kita repeat.

teratailayuditasikmadu – Roti gardenia tu yang win!

s1lv3rd3m0n – Tak sudah-sudah.

zaidi_scoot – Menyintaimu pun sudah.

maznurhidayah_official – Tempat kami pun kena juga PKP.

karl_rin660 – Bila tengok awak tak terasa PKP.

Elizabeth Tan Su Mei juga dikenali sebagai Lizzy ialah seorang penyanyi, model dan pelakon Malaysia berketurunan Cina.

Elizabeth memulakan kerjaya muziknya dengan menghasilkan single ‘Knock Knock’ 2014, ‘Setia’ menampilkan Faizal Tahir pada 2015 dan ‘Tabah’ 2016 serta ‘Semua Sudah’ pada 2018.

Bakatnya dalam bidang muzik turut mendapat pengiktirafan apabila dinobatkan sebagai Artis Baharu Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2015.

Selain itu, beliau memulakan kerjaya lakonan menerusi filem Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium (2015).

Baca juga Luqman Hafidz bakal bergelar bapa

Iklan

Apapun, diharapkan video tersebut memberikan keceriaan kepada mereka yang berada dalam keresahan berdepan PKP.

Jangan lupa #kitajagakita dan semoga berjaya membendung wabak Covid-19 dengan kerjasama semua.

Iklan

Sumber : Instagram Elizabeth Tan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Elizabeth Tan (@elizabethtan)